MALAYSIAKINI
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului PAS dengan selesa dalam pilihan raya kecil Rompin setakat ini.
Sehingga jam 6.45 petang BN memperoleh 3,683 undi berbanding 1,803 undi untuk PAS.
Calon PAS, Nazri Ahmad memang berdepan laluan sukar dalam pilihan raya kecil ini.
Selain dikenali sebagai kubu kuat BN, Rompin juga menyaksikan BN
menurunkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Arifin.
Dalam pilihan raya umum lalu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjin memenangi kerusi itu dengan majoriti 15,114 undi.
No comments:
Post a Comment