MALAYSIAKINI
Umno perlu kekal bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak kerana peluang untuk memang dalam pilihan raya umum akan
lebih tinggi, kata seorang pemimpin Umno.
Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata
situasi akan lebih buruk jika Umno memilih pemimpin baru.
“Kami boleh ada presiden (Umno) dan perdana menteri baru, tetapi jika
kami terus bergerak ke (haluan) kanan, saya fikir prestasi kita lebih
buruk dalam pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan
gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu itu menukar
pemimpinnya jika mahu kekal berkuasa.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabat portal ini di
Petaling Jaya semalam, beliau mempersoal sama ada Mahathir lebih baik
daripada Najib ketika menjadi perdana menteri.
“Semua orang bebas mengkritik, tetapi kira harus lihat lebih daripada
Mahathir kritik Najib, tetapi lihat juga dasar-dasar Mahathir ketika
menjadi perdana menteri.
“Adakah (Mahathir) lebih baik dalam beberapa aspek kehidupan kita
berbanding Najib?” katanya sambil menegaskan menyokong Najib yang
berjuang dengan dasar “kesederhanaan, progresif dan transformasi”,”
katanya.
No comments:
Post a Comment