KUALA LUMPUR - PKR mengumumkan akan mengkaji dan meneliti kembali
pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11(RMK11) yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana menurut Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pembentangan tersebut langsung tidak menyentuh tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya khuatir dengan pendekatan sekarang yang dilihat gagal dan salah satu contoh dalam RMK10 seperti 1MDB.
“Dalam RMK10 mengatakan 1MDB itu akan menguntungkan rakyat. Tetapi apa kita lihat duit Tabung Haji telah digunakan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Mengulas mengenai pembentangan RMK11, Wan Azizah berkata, kerajaan boleh menggariskan atau membentangkan bermacam-macam strategi dalam RMK11 tetapi apa yang penting adalah pelaksanaan tersebut.
“Kerajaan boleh cakap macam-macam, bentang macam-macam tetapi apa yang penting prinsip perancangan itu.
"Prinsip mestilah telus, tidak ada dolak-dalik, efisien, hindar dari rasuah, bebas ketirisan dan jangan baca laporan audit sahaja,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment