KUALA LUMPUR - Menjelang pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)
yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok,
sudah pasti banyak reaksi bakal ditimbulkan pelbagai pihak.
Rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2016-2020 sangat dinanti-nantikan semua pihak, khususnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi kayu pengukur kepada pemerintah sedia ada untuk merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.
Bagi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, beliau mengharapkan RMK11 dapat menambah baik sistem pertahanan negara dengan lebih efisien dari segi perbelanjaan kelengkapan persenjataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata, pembiayaan untuk sistem pertahanan negara perlulah realistik dan mengikut tiga kriteria utama.
“Antaranya pembiayaan itu perlu mengikut kemampuan sumber kewangan negara, pembelian aset pertahanan mestilah bersesuaian dengan ancaman semasa dan pembelian aset sesuai dengan kehendak pihak berkepentingan.
"Tidak guna kalau kita bincang sesuatu kalau kita tak mampu membiayainya, malah ia akan menimbulkan masalah kemudian hari dari segi selenggaraan dan sokongan.
"Ancaman hari ini mungkin berbeza daripada ancaman yang kita hadapi dahulu termasuk kemunculan gerakan militan Islamic State sejak akhir ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula mengharapkan RMK11 dapat memperuntukkan dana yang lebih untuk memperkasakan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
"Dana itu boleh digunakan untuk membaiki pulih kemudahan pihak polis seperti balai polis, IPD dan IPK di seluruh negara yang kebanyakannya dibina sejak 60-an lagi.
"Kita juga boleh menambah keanggotaan pihak berkuasa di Jabatan Imigresen, PDRM dan Jabatan Pertahanan Awam.
"Tentera di peringkat hadapan apabila berlaku peperangan, kedua pihak polis dan ketiga pihak pertahanan awam, tidak ada orang lain, kena realisasikan, harapan saya sebelum kita sampai 2020," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berharap kerajaan dapat mewujudkan mekanisme baharu bagi mengatasi jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin yang mencecah 40 peratus pada masa ini.
"Saya berharap dalam RMK11 ini ada mekanisme tertentu untuk menyelesaikan masalah jurang kemiskinan dalam bandar dan luar bandar sekaligus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi di semua peringkat," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming pula menggariskan enam permintaannya dalam RMK11 termasuklah menuntut definisi baharu dalam garis kemiskinan, skim rasionalisasi subsidi yang lebih telus dan masuk akal serta perbelanjaan kerajaan perlulah telus dan tidak lagi tersembunyi.
"Kami juga menuntut perkongsian awam swasta yang telus dan tidak berat sebelah ke arah sektor swasta, memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta membuat keputusan yang jelas apabila berdepan kesukaran dalam membuat pilihan," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment