MALAYSIAKINI
Syarikat pemaju hartanah asing yang menjadi rakan kongsi kontroversi
kepada 1MDB, Mulia Group, dilaporkan mempunyai kaitan dengan seorang
penjenayah yang diburu pihak berkuasa Indonesia sejak beberapa tahun
lalu.
Berdasarkan laporan akhbar The Jakarta Post pada 2002, Mulia Group
dimiliki Djoko Tjandra yang dikehendaki polis kerana disabitkan
kesalahan melesapkan dana negara bernilai RM149 juta pada 2009.
Djoko dilaporkan menetap di Papua New Guinea sejak beberapa tahun lalu
dan diberi kewarganegaraan, menyebabkan berlaku kerumitan untuk Jakarta
membawanya pulang.
Djoko (gambar)
juga ada dalam senarai orang dikehendaki Interpol kerana kesalahan
rasuah di Indonesia. Ketika ini dia memiliki dua kewarganegaraan.
Menurut laporan Forbes, Djoko juga adalah saudara kandung kepada Eka
Tjandranegara yang dinamakan sebagai presiden, pengarah dan pemilik
Mulia Group dalam kenyataan akhbar 1MDB pada 13 Mei lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada Djoko masih memiliki pegangan dalam Mulia Group selepas disabitkan kesalahan pada 2009.
Forbes menyenaraikan Eka Tjandranegara sebagai tokoh ke-17 paling kaya
di Indonesia pada 2014 dengan nilai harta dianggarkan kira-kira RM6.07
bilion.
Dia dilaporkan memulakan perniagaan bersama bapa dan dua saudara kandungnya, termasuk was Djoko.
No comments:
Post a Comment