MALAYSIAKINI
Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di
Pulau Pinang lain pula keadaannya.
Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mengatakan masalah dalaman
di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak
puas hati ternyata masih ada,
Sekumpulan
anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan
perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap
pemudanya AMK berkaitan hudud.
Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka juga menggesa PKR menyatakan
pendirian sama ada akan menyokong rang rang undang-undang persendirian
yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Peserta himpunan yang dihadiri kira-kira 20 orang itu turut membawa
sepanduk yang antaranya betulis "DAP jangan biadap", "hudud hukum Allah"
dan "kami sokong tok guru presiden".
Mereka juga melaungkan takbir serta "hidup PAS" dan "hancur PKR".
Selain itu, himpunan itu juga bertujuan menyelar tindakan DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hudud.
Himpunan yang bermula pada jam 2.15 petang itu diadakan di hadapan Masjid Batu Kampung Pertama.
No comments:
Post a Comment