MALAYSIAKINI
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata akhirnya rakyat, termasuk di pendalaman, memahami isu 1MDB, ekoran tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah dari 1MDB.
Katanya, meskipun isu 1MDB sudah lama digendangkan pembangkang dan Tun
Dr Mahathir Mohamad, namun ramai yang tidak memahaminya, sehinggalah
semalam.
Kemarahan
rakyat terhadap tindakan TH itu, katanya turut menyebabkan Pemuda Umno
meminta penjelasan Kementerian Kewangan dan TH yang diterajui para
pemimpin Umno sendiri.
Bagaimanapun, tegasnya, seperti biasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak selaku menteri kewangan dan juga penasihat 1MDB, terus mendiamkan
diri.
"Namun, keadaan ini diyakini tidak lama selepas melihat gelagat Pemuda
Umno cuba menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim menyuarakan kebimbangannya, sekiranya selepas TH, ada lagi tabung lain yang terbabit.
Tidak mustahil, dakwanya, kewangan negara dan ringgit Malaysia akan menjadi tenat jika 1MDB tidak mampu membayar hutangnya.
"Dulu rakyat tidak memahami mahupun mempercayainya, tapi kerana tindakan
kontroversi TH, mereka kini dapat melihat sendiri betapa teruknya
masalah 1MDB ini pada negara," katanya.
No comments:
Post a Comment