Pada sidang media di kediaman rasminya di sini pada Selasa, beliau juga memaklumkan ada mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Mac lalu.
Bagaimanapun Najib enggan menerima surat bertarikh 18 Mac itu dan meminta Pandikar Amin untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai hasrat tersebut.
Malahan, kata Pandikar Amin, hasrat itu juga disuarakan pada pertemuan peribadinya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Mac lalu.
"Perdana Menteri tidak terima surat tersebut, malah jauh sekali membacanya. Sebaliknya beliau telah bertanya kepada saya sebab-sebab dan punca saya ingin meletakkan jawatan sebagai Speaker," katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, Selasa.
Pandikar Amin berkata, apa yang diperjelaskannya adalah mengenai beberapa cadangan pembaharuan bagi memartabatkan prinsip institusi Parlimen.
Isu perletakan jawatan Pandikar Amin sebagai Speaker mencetuskan kontroversi selepas Dr Mahathir pada Sabtu lalu mengumumkan mengenai perkara itu.
Pandikar Amin bagaimanapun menafikan telah meletak jawatan itu.
No comments:
Post a Comment