MALAYSIAKINI
Anggota parlimen daripada kerajaan dan pembangkang memberi pujian kepada
Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mahu terus kekal berkhidmat sebagai
yang dipertua Dewan Rakyat.
Dengan wajah yang berseri, speaker disambut dengan ahli parlimen yang
menepuk meja sebagai tanda sokongan sewaktu beliau melangkah masuk ke
Dewan Rakyat bagi mempengerusikan penggal baru persidangan.
"Tahniah kerana masih kekal sebagai speaker," kata Datuk Azalina Othman Said (BN-Pengerang) ketika sesi soal jawab.
"Jangan letak jawatan dan tunduk pada tekanan," gesa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).
"Saya duduk di atas, saya tidak tunduk kepada mana-mana pihak," jawab Pandikar.
Dilaporkan Pandikar mengakui bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad tetapi menafikan beliau mahu meletakkan jawatan yang
disandangnya itu.
Beliau berkata Dr Mahathir mungkin menyangkakan beliau mahu berbuat demikian kerana kecewa dengan Parlimen.
No comments:
Post a Comment