OLEH DIYANA IBRAHIM
Susulan insiden penculikan
yang timbul semula di Sabah minggu lepas, Putrajaya hari ini mengakui
beberapa aset yang dibeli bagi tujuan pemantauan keselamatan di perairan
negeri itu tidak dapat digerakkan atas sebab tertentu.
Bagaimanapun, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak berkuasa masih
menyiasat insiden terbaru di Sandakan itu, yang menimbulkan persoalan
dan kritikan orang ramai bagaimana boleh berlaku di bawah Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
"Selepas kerajaan meluluskan peruntukan, kita tidak boleh menggunakan
aset itu serta merta. Seperti kapal dan bot, ia mesti dibina terlebih
dahulu," katanya, sambil menambah, ia memakan masa sebelum boleh
digunakan.
"Namun, kita akan fikirkan selepas ini, untuk membeli yang pasang
siap," kata Shahidan
membentangkan jawapan kementerian kepada usul
persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Tenom
Datuk Raime Unggi berhubung
langkah menangani isu penculikan di Sabah.
Beliau juga berkata,
kegiatan menculik dengan menuntut wang tebusan
merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat selatan Filipina.
Katanya, faktor kemunduran ekonomi yang dihadapi rakyat negara tersebut
antara penyumbang terhadap beberapa insiden penculikan yang berlaku di
Sabah.
"Budaya menculik dan meminta wang tebusan menjadi sebahagian budaya masyarakat selatan Filipina.
"Ini kerana masalah ekonomi mereka yang menyumbang kepada aktiviti tersebut," kata Shahidan.
Beberapa siri penculikan berlaku di perairan negeri itu sejak beberapa
tahun kebelakangan dan yang terbaru di sebuah restoran Khamis lepas,
melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita.
Ia menimbulkan kegusaran orang ramai termasuk wakil rakyat Barisan
Nasional dan pembangkang yang turut mempersoalkan fungsi Esscom.
No comments:
Post a Comment