SHAH ALAM – Majlis Syura Pas menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya
pernah mengadakan perbincangan ataupun membuat keputusan mewujudkan
gabungan dua parti politik, antara Pas dan Umno.
Setiausahanya, Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura memandang serius dakwaan tersebut dan menyifatkan ia fitnah pihak tertentu.
“Majlis Syura juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli kami seperti Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa badan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam sebuah stesen TV swasta baru-baru ini yang mendakwa masih wujud cadangan kerjasama antara Pas dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Nasharudin juga dilaporkan berkata, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.
Sehubungan itu, Nik Zawawi menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Pas supaya menolak fitnah tersebut yang boleh memecahbelahkan parti itu.
“Majlis Syura dengan ini menyeru supaya semua ahli Pas menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment