MALAYSIAKINI
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengakui bahawa langkah Putrajaya
mengetatkan Akta Hasutan 1948 menarik perhatian negatif beberapa pihak
di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, katanya, beliau persepsi itu "sesuatu yang biasa" diutarakan oleh pihak asing.
"Mereka menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia sebagai menyekat kebebasan bersuara dan hal asasi manusia rakyat Malaysia.
"Tindakan ini juga tidak selaras dengan prinsip kesederhanaan yang
dipromosikan dan ditekankan oleh kerajaan Malaysia di arena
antarabangsa.
"Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pandangan seperti ini adalah
sesuatu yang biasa diutarakan oleh pihak asing," katanya dalam jawapan
bertulisnya semalam.
Beliau mengulas soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong)
berkaitan kesan, imej dan pandangan negara dan pihak luar kepada
Malaysia ekoran beberapa isu termasuk pindaan Akta Hasutan.
Dalam jawapannya juga, Anifah berkata kementeriannya telah memanjangkan
maklumat mengenai tindakan kerajaan mengekal dan mengukuhkan akta itu
kepada pihak antarabangsa.
"Ia bertujuan memberi penjelasan dan penerangan mengenai perkara tersebut kepada pihak asing yang berkenaan," katanya dipetik.
Beliau turut berkata setiap undang-undang yang digubal atau dipinda
termasuk Akta Hasutan bertujuan memberi kebaikan termasuk mengekalkan
kestabilan dan perpaduan kepada rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment