MALAYSIAKINI
Anggota Parlimen lantang PAS Khalid Samad mencabar pihak yang mendakwa
pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai menghina Islam tampil mengemukakan
bukti.
Khalid berkata ucapan kontroversi Lim di Kota Bharu pada 10 Mei lalu
hanya menjelaskan pendirian berkaitan hudud dan untuk mencari pendamaian
dengan “tiada diperlekehkan rakyat Kelantan dan tidak juga dihina
Islam”.
“Kalau
dikatakan ada, maka adalah amat diharapkan agar dikemukakan di
perenggan mana dan ayat mana ia dilakukan,” katanya wakil rakyat Shah
Alam itu.
Menulis di blognya hari ini Khalid (kanan) berkata PAS
sebaliknya patut berbangga apabila terdapat orang bukan Islam bercakap
mengenai agama itu dan lebih baik menegur dengan baik jika ada salah
faham.
“Mungkin ada yang kita tidak setuju dengan kata-kata LKS (Lim), khususnya berhubung percanggahan dengan perlembagaan.
“Tetapi adakah perlu difitnahnya dengan menuduh beliau menghina Islam, umat Islam dan hudud?” soalnya.
Khalid berkata beliau membuat keputusan bahawa Lim tidak menghina Islam
setelah meneliti teks ucapannya dalam ceramah bertajuk “Kukuhkan
Pakatan, Hancurkan Barisan” anjuran PAS Kota Baharu.
Beliau berkata Lim sendiri dalam ucapan itu menegaskan bahawa masalah
sebenar Pakatan bukan hudud tetapi kejujuran untuk mengotakan janji yang
dipersetujui ketika penubuhan gabungan pembangkang pada 2008.
“Dalam menyampaikan kefahaman beliau terhadap persoalan ini, tiada LKS
sentuh walaupun sekali berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk
melaksanakan hudud.
“Dia kelihatan lebih memberi tumpuan untuk menegaskan bahawa DAP tidak anti-hudud atau anti-Islam,” katanya.
No comments:
Post a Comment