Sunday, May 17, 2015

Isu Rohingya: Malaysia persoal tanggungjawab Myanmar

 
ASEAN tidak perlu menanggung beban dengan menerima kebanjiran pelarian Rohingya ke negara masing-masing walaupun Myanmar juga merupakan salah sebuah negara anggota.


Muhyiddin_Rohingya_600


SHAH ALAM: Malaysia mempersoalkan tanggungjawab dan nilai kemanusian kerajaan Myanmar dalam menangani isu pelarian Rohingya.

Perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas beliau, ASEAN tidak perlu menanggung beban dengan menerima kebanjiran pelarian Rohingya ke negara masing-masing walaupun Myanmar juga merupakan salah sebuah negara anggota.

“Apakah mereka (Myanmar) tidak ada perikemanusiaan untuk menyelesaikan perkara ini secara dalaman sehingga beban itu terpaksa ditanggung oleh negara-negara ASEAN yang berjiran dengan Myanmar? Ini perkara yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Menurut Muhyiddin, kebanjiran pelarian berkenaan ke negara jiran, terutama Malaysia telah memberi kesan tidak baik.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Projek Golf Tunas Bestari di Kelab Golf Glenmarie di Shah Alam.

No comments: