MALAYSIAKINI
Hari ini adalah hari ke-100 ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjalani hukuman penjara, dan penyokongnya akan berhimpun di luar pintu
penjara Sungai Buloh, Selangor malam ini.
Anwar, bekas MP Permatang Pauh dan bekas ketua pembangkang, dijatuhi
hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan tuduhan
meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 10 Februari selepas Mahkamah
Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Rayuan itu. Anwar
bertegas beliau tidak bersalah.
Anak perempuannya, Nurul Nuha Anwar, menggesa penyokong untuk datang menunjukkan solidariti bersama Anwar malam ini.
Nurul Nuha memberitahu pemberita demikian pada hari Jumaat semasa mengumumkan acara tersebut.
Beliau juga mengetuai kempen 'March 2 Freedom' untuk mendesak pembebasan ayahnya.
Program hari ini bukan yang pertama diadakan di situ untuk menunjukkan
solidariti bersama Anwar yang dinamakan 'Jalan Harapan' di luar pintu
penjara itu.
Beberapa malam selepas penghakiman terhadap Anwar diumumkan, ratusan
penyokong berhimpun secara aman di situ dengan membawa lilin dan kain
rentang.
No comments:
Post a Comment