;OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MCA
hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
yang mendakwa masyarakat Cina tidak menyukai pemberian wang tunai di
bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Setiausaha agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Dr Mahathir perlu
memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang
menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.
"Ini pandangan yang tiada sokongan asas, kerana jika berkata demikian,
perlu ada angka kata orang suka. Saya rasa ini saja cakap Dr Mahathir.
"Kalau hendak menjadikan kenyataan ini benar, perlu disokong dengan
angka," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur
hari ini.
"Bila orang terima BR1M, mereka suka.
Contohnya di kawasan saya, tahun
pertama saya serah dengan tangan saya, semua terima, semua suka. Itu
pandangan saya," kata ahli Parlimen Tanjung Malim itu.
Ong berkata, sebagai pemimpin MCA, beliau belum pernah mendengar
cakap-cakap mengatakan kaum Cina yang mendakwa pemberian BR1M itu satu
rasuah.
Katanya, BR1M satu mekanisme bagi menangani kos sara hidup yang bukan
sahaja diamalkan di Malaysia, tetapi juga di negara maju seperti Hong
Kong dan Taiwan.
"Saya tidak pernah dengar cakap-cakap (rasuah) sedemikian daripada
penerima. Orang yang tidak terima boleh cakap macam-macam. Orang yang
menerima, saya tidak pernah dengar mereka kata itu rasuah.
"Orang yang terima, pandangannya tepat. Orang yang tidak terima mungkin
iri hati. Itu tidak tepat. Tanya pada orang yang menerima.
"BR1M bukan sahaja Malaysia buat, negara lain juga ada buat. Tujuan sama, untuk ekonomi aktif,” katanya.
Dr Mahathir dalam program Bicara Negara di Ipoh semalam mendakwa,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap pemberian wang tunai
BR1M kepada rakyat satu “maharaja”.
Katanya, pemberian BR1M kepada kaum Cina tidak akan dapat menambahkan
bilangan undi ketika pilihan raya kerana jumlah wang berkenaan tidak
mencukupi.
“Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa sebagai satu daripada 10
negara yang terlibat rasuah. Kita malu, mereka tidak malu. Martabat kita
jatuh kerana kepimpinan yang macam ini,” kata Dr Mahathir semalam.
No comments:
Post a Comment