Tuesday, May 5, 2015

DAP paling ramai gagal guna Bahasa Melayu

 
Pemimpin veteran dan ahli lama dalam DAP dikatakan paling ketara gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas termasuk Lim Kit Siang.


Dap-ramlah



PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP dikatakan paling ramai gagal menggunakan Bahasa Melayu ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perkara itu paling ketara di kalangan pemimpin veteran dan ahli lama parti itu termasuk Lim Kit Siang.

“Kebanyakkan wakil rakyat mengunakan Bahasa Melayu, cuma segelintir pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang sahaja yang didapati menggunakan Bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ramlah berkata, isu pengunaan bahasa tidak sepatutnya timbul tetapi peraturan yang dilaksanakan sejak tahun 1957 sudah tidak diikuti disebabkan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab.
 
“Pemerintah terlalu bertolak ansur dan tidak melaksanakan peraturan tersebut dengan tegas,

“Wakil rakyat seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat dengan mamatuhi segala peraturan yang ditetapkan, namun perkara itu tidak berlaku secara menyeluruh di negara kita,” jelasnya lagi.

Mengambil contoh kejadian di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila beberapa pemimpin politik memakai pakaian yang tidak menghormati sidang DUN, Ramlah akui ia sebagai bukti pemimpin tersebut tidak layak menjadi wakil rakyat kerana undang-undang yang dipersetujui bersama tidak dipatuhi.

“Semangat perkauman jelas lebih tinggi daripada semangat patriotisme,” katanya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman pula menggesa semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa Melayu diwajibkan mengikuti kursus bahasa.

“Membiarkan perkara ini berlanjutan menunjukkan kerajaan tidak serius memartabatkan Bahasa Melayu. Sudah sampai masa untuk membuat pembetulan,” katanya.

No comments: