SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat isu pelarian Rohingya harus dibawa
ke meja rundingan untuk diselesaikan segera dengan baik.
Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Malaysia disarankan berunding dengan beberapa pihak yang dilihat dapat mengatasi masalah ini.
“Jika mereka tiba di negara kita, bantulah mereka. Lupakan soal politik dan beban yang etnik ini akan bawa ke atas negara kita. Kita berundinglah dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB, Asean dan Myanmar untuk mengatasi masalah ini.
“Berilah peluang kepada etnik yang telah sekian lama ditindas oleh tentera Myanmar ini untuk hidup di daratan, bukannya mati di lautan,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, Malaysia wajar prihatin terhadap isu Rohingya seperti yang telah dilakukan ke atas isu kemanusiaan di negara lain.
“Jika kita prihatin kepada tragedi kemanusiaan yang berlaku di negara lain, mengapa tidak kita juga prihatin dan simpati kepada pelarian Rohingya ini? Mereka bukanlah sama seperti pendatang asing atau pelarian ekonomi.
“Mereka menjadi pelarian kerana kekejaman yang berlaku di negara mereka. Oleh itu kita mesti menghulurkan bantuan, tanpa perlu menjadikannya sebagai isu politik,” katanya.

No comments:
Post a Comment