shahbudindotcom
Kalau
dilihat gelagat Perdana Menteri, Najib Razak sejak kebelakangan ini,
nampak sangat beliau sedang gelabah, panik dan cuba berbuat apa saja
untuk menyelamatkan kedudukannya.
Makin hari, kerusi Perdana Menteri yang didudukinya jelas semakin bergoyang.
Setelah
berbangga mendapat sokongan daripada MT UMNO, Ketua-Ketua Bahagian,
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang secara asasnya itulah tunjang
sokongan dalam parti, beliau kini dengan rendah diri menemui orang
pencen dan veteran pula.
Pada
Sabtu lalu, beliau bertemu dengan Mubarak Selangor di Kelang manakala
semalam pula dengan Veteran UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.
Mubarak
adalah persatuan yang dianggotai oleh bekas wakil rakyat sementara
veteran UMNO pula dinggotai oleh bekas pimpinan UMNO bahagian-bahagian
di seluruh negara.
Agaknya
jika selepas ini bekas calon yang kalah bertanding pelbagai jawatan di
peringkat bahagian atau mereka yang pernah jadi calon dalam pilihanraya
tetapi tewas, jika ingin bertemu dan menyatakan sokongan pun, pastilah
Najib turut menerimanya dengan tangan terbuka.
Dalam
beberapa pertemuan itu, selain memperlekeh Tun Mahathir yang berjaya
menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana dibantu oleh sistem
pemilihan berdasarkan undi bonus dan kouta, Najib juga mengungkit
sokongannya kepada bekas Perdana Menteri itu selama ini, terutamanya
dalam pemilihan 1987 dahulu.
Dengan
mengungkit itu, Najib secara sedar ingin memberitahu bahawa jika tanpa
sokongannya, Tun Mahathir tidak mungkin mampu kekal berkuasa selama 22
tahun. Dalam masa yang sama, beliau juga ingin memberitahu, "dulu aku
sokong kau, sekarang kau sokonglah aku pulak".
Dalam
budaya Melayu, perbuatan mengungkit ini dipanggil "buruk siku" dan ia
dianggap perbuatan yang tidak baik. Selalunya hanya orang terdesak dan
sudah kehabisan modal untuk berhujah saja yang suka melakukan perbuatan
ungkit-mengungkit ini.
Jasa yang lepas biarlah orang lain mengenang, bukan kita memberitahu agar dikenang.
Hari
ini pula, Najib mengungkit pula tentang pemberian BR1M kepada
orang-orang miskin yang diperkenalkannnya sejak enam tahun lalu. Kepada
orang-orang miskin ini Najib meluahkan rasa sedihnya kerana mereka
banyak bersungut mengenai GST tetapi senyap ketika menerima wang tunai
BR1M itu.
"Kita
perkenalkan GST dengan tujuan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak
RM300, malangnya bila dah dapat duit ramai yang senyap. Sebaliknya kalau
barang naik sikit, timbul rungutan," katanya lagi.
Aduh...apa
sudah jadi dengan Najib sejak kebelakangan ini? Ungkit sana, ungkit
sini...akan datang pula mungkin entah apa-apa akan diungkitnya lagi!
Kalau
pun terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat, apakah perbuatan yang
baik jika mengungkit-ungkit segala pemberian kepada rakyat, apatah lagi
jika melibatkan orang miskin dan berpendapatan rendah.
Bukankah
memang tanggungjawab kerajaan memberi perkhidmatan kepada rakyat?
Apakah berdosa rakyat bersuara dan meluahkan perasaan mereka?
Kalau
terjumpa orang Bugis sehari dua ini, nanti saya tanyakan soalan - apa
ini memang perangai orang Bugis atau hanya Najib satu-satunya Bugis yang
ada sifat buruk siku ini?
1 comment:
cempedak boleh jadi nangka, mau tidaknya buktinya memang ada baka cempedak dikawinkan ngan baka nangka maka jadilah cenagka. Perkataan terbitan baru kari ini ialah Banana Muntri asal dari perkataan perdana menteri.Bila raut wajah seseorang dirundung ngan pelbagai masaalah dan tekanan maka rupa transformasipun mengambil alih menjadi banana muntri dan khayalan mesyuarat kerajaan langit ayah pin pun mula menjelma dengan diguna jet baru (terpakai)negara yang dibeli seminggu sebelum tarikh keramat Gagau Sampai Teloq bermula bagi mengadakan mesyuarat kerajaan ngan dignitary negara luar,itupun selepas agung diberi
Post a Comment