MALAYSIAKINI
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370
terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai
pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
8 Mac Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239
penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing,
China pada 6.30 pagi hari yang sama.
8 Mac Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar
awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu
nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan.
8 Mac Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada
5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130,
sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM).
8 Mac Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat
itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan
penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia
(12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand
(2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda
(1) dan Austria (1).
9 Mac Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd
Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat
Melaka.
9 Mac Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman
mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan
Austria, menaiki pesawat MH370.
10 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan
menyelamat MH370.
10 Mac APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan
minyak yang ditemuidi perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan
disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
11 Mac Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti
mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad
Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka
disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai
cuba berhijrah ke Eropah.
12 Mac Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk
ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan
pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam
penerbangan MH370 menaiki pesawat.
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan
penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki
pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
13 Mac Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
13 Mac China menyatakan bahawa tiada bukti objek
terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai
hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga
berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
14 Mac Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi.
Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat
Melaka untuk membantu pencarian.
14 Mac Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
15 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu
daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan
Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor
selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan
Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
16 Mac Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubungkehilangan pesawat.
16 Mac Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun
Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan
2003.
16 Mac Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
17 Mac Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
18 Mac Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin
terbabit dalam usahamencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit
DigitalGlobe.
19 Mac Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbangrendah di ruang udara Maldives.
20 Mac Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk
memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada
kaitan dengan pesawat yang hilang
Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua
objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500
kilometer barat daya Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek
yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada
MH370.
21 Mac Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak
berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi
pada Khamis ada kaitan dengan MH370.
Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.
Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine
yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar
belakang penumpang berkenaan bersih.
22 Mac transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat
MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang
diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.
Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang
objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari
barat daya Perth.
23 Mac Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej
baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat
koordinasi menyelamat Australia.
Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung
MH370.
24 Mac Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.
Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.- Bernama
No comments:
Post a Comment