MALAYSIAKINI
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan
Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki Penerbangan MH370
Malaysia Airlines (MAS) dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga
pesawat itu ditemui.
Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata
ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak
kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac.
"Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa
kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan
tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya
dalam catatan terbaharu beliau di Facebook.
Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya
kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat
kami yang hilang," katanya.
Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan
membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira
sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
pada 12.41 tengah malam
Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
- Bernama
No comments:
Post a Comment