THE MALAYSIAN INSIDER
Susulan pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, keluarga dan mangsa tragedi Memali melahirkan rasa kesal mereka dengan penggelapan berita selama ini lalu membuat kesimpulan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah dalang sebenar peristiwa ini dan Musa hanya kambing hitamnya.
Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir mastermind dalam kes ini."
"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.
Yusof adalah dua orang kanan Ustaz Ibrahim Libya yang cuba ditangkap oleh kerajaan ketika peristiwa pada 1985 itu.
Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga “penjenayah” iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid.
Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru, malam kelmarin.
Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu
No comments:
Post a Comment