Saturday, March 29, 2014

Umno tandus pemimpin, tiada yang berani cabar Najib, kata bekas pengarang NST

THE MALAYSIAN INSIDER

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan menurun tetapi masih belum nampak kepimpinan Umno berminat untuk menggantikan tempatnya. Gambar fail.


























Apakah Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Kadir dalam blognya The Scribe berkata, satu keanehan atau ironi kerana Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar.

"Adakah ini disebabkan oleh Umno ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga presiden tidak boleh dicabar lagi," katanya.

 Atau, katanya,  adakah negara kita sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai terbuka, liberal dan sederhana.

Beliau berkata, keadaan ini mungkin boleh diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza.

"Sekali lagi mungkin ada dikotomi antara kedudukan Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan pengundi terhadap Umno dan BN," tulisnya.

Kadir mengulas laporan pada Disember lalu mengenai populariti Najib mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%.

Sebanyak 67% daripada responden dalam kajian itu menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Najib.

Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India.

Sokongan orang India terhadap Najib jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%.

Kadir berkata, penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti.

"Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu," katanya.

Malah, katanya,  tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM.

Katanya, ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu.

No comments: