THE MALAYSIAN INSIDER
Kadar pengangguran bagi bulan Januari 2014 di Malaysia tidak berubah
pada 3.3% berbanding bulan yang sama tahun lepas, namun 0.3% lebih
tinggi berbanding Disember 2013, kata Jabatan Perangkaan hari ini.
Kadar pengangguran mengukur peratusan penduduk dalam negara yang menganggur.
Jabatan itu juga berkata kadar penyertaan tenaga pekerja meningkat
kepada 13,800 orang atau 0.1%, menjadikan jumlah keseluruhan 13.99 juta
pada Januari berbanding 13.97 juta pada Disember tahun lepas.
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja
meningkat 2.2% berbanding 65.6% pada Januari 2013. – Bernama
No comments:
Post a Comment