MALAYSIAKINI
Penasihat DAP Lim Kit Siang mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa
Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk membincangkan isu berhubung
kemalangan pesawat MH370 dengan segera tanpa menunggu kotak hitam
pesawat itu ditemui.
Lim berkata, kotak hitam itu berkemungkinan besar akan kehabisan bekalan
kuasa pada 7 April ini dan berkemungkinan besar akan menangguh usaha
menyelamat dan melambatkan siasatan yang perlu daripada berjalan.
"Bukan kehendak negara kita untuk menangguhkan penyiasatan dan
melewatkan jawapan kepada seribu satu persoalan yang timbul sepanjang
tiga minggu ini," kata Lim dalam kenyataanya.
Orang awam bukan hanya mahu mengetahui "apa, bagaimana dan kenapa" yang
menyelubungi kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac itu, tetapi juga
persoalan berkenaan usaha mencari dan menyelamat, katanya.
Tambahnya. Parlimen perlu bersedia dengan siasat dari Parlimen pelbagai
negara memandangkan ia melibatkan banyak negara berkepentingan.
"Saya dengan itu menggesa semua MP tidak kira dari parti politik atau
pakatan supaya menyedari bahawa usaha mencapai kesepakatan Parlimen
untuk mengadakan PSC bukan saja tanggungjawab negara tetapi
antarabangsa, tidak kira sama ada kotak hitam ditemui atau tidak," kata
beliau.
Beliau menambah bahawa PSC sepatutnya ditubuhkan tidak lebih dari tempoh
enam minggu selepas kehilangan MH370 dan diketuai ahli parlimen
pembangkang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberitahu
Dewan Rakyat beliau bersetuju dengan cadangan pembangkang untuk
mengadakan PSC tetapi keputusan akhir di tangan kabinet.
Sehingga kini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tidak memberi kenyataan sama ada bersetuju dengan cadangan tersebut.
No comments:
Post a Comment