Ahad, 22 Disember 2013

The Heat: GERAMM gesa KDN mohon maaf, pakai baju merah hari Jumaat

SELANGOR KINI

 

SHAH ALAM : Gerakan Media Marah (GERAMM) menyeru agar pengamal media memakai pakaian merah setiap hari Jumaat sebagai simbol solidariti bantahan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung mingguan The Heat.

Gerakan Media Marah (GERAMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata , kumpulan itu mahu melakukan kempen di laman media sosial Twitter selama satu jam sehari bermula Isnin dengan menggunakan hashtag #theheat dari jam 9.30 malam.

theheat

“GERAMM menyeru semua pengamal media – termasuk penulis sambilan dan penulis kolum serta kakitangan-kakitangan syarikat-syarikat media – menyertai kempen kami mulai hari ini bagi membangkitkan isu pencabulan serius kebebasan media di negara ini.

“Teman-teman wartawan dan editor juga diseru agar memulakan kempen atas inisiatif sendiri mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.

“Kini, tiada hak untuk kita berdiam dan sudah tiba masanya kita semua bertegas membantah pencabulan seumpama ini,” kata sekretariat GERAMM.

GERAMM turut menuntut agar KDN membatalkan tindakan tindakan terhadap The Heat dan membenarkan akhbar mingguan itu beroperasi seperti biasa.

KDN turut didesak untuk memohon maaf secara terbuka kepada The Heat dan semua pengamal media serta pengguna media atas pencabulannya terhadap ruang kebebasan media selama ini.
EZY

Tiada ulasan: