MALAYSIA KINI
Apa
pun gesaan Pemuda MCA dan masyarakat Cina tidak harus mengabaikan
permintaan Umno, antaranya untuk terus menyuarakan isu-isu yang
berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Bumiputera, kata Pemuda Umno
Perlis.Ketuanya Syed Atif Syed Abu Bakar (kiri), merujuk ucapan bekas Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Wee Ka Siong semalam, berkata, BN sebagai perikatan politik berasaskan kaum seharusnya memahami sentimen kaum dan agama.
“Sekiranya parti-parti pembangkang menyerang dan cuba mencipta perpecahan di dalam perikatan politik kita yang penuh bersefahaman sejak sekian lama, kita seharusnya mempertahankan kerjasama unggul ini; dan bukan mencipta kerosakan dari dalam,” katanya.
Wee semalam mengingatkan
pemimpin Umno, rakan mereka dalam komponen BN, supaya lebih
berhati-hari mengeluarkan ucapan atau idea supaya tidak terarah kepada
sikap ekstremisme.
Katanya, jika Umno mengetepikan perjuangan untuk semua kaum ekoran
kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya, undi
masyarakat itu tidak akan kembali kepada mereka dan undi Melayu juga
akan hilang.
Dalam kenyataannya, Syed Atif berkata, bagi Pemuda Umno sendiri, mereka sebenarnya mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan tentang MCA sekiranya ingin turut mencari populariti dengan “kaedah menghentam dan adu domba”.
Katanya, di Perlis, Umno berjaya merampas kembali satu kerusi pembangkang tetapi MCA pula tidak berjaya mempertahankan kerusi tradisional BN di Indera Kayangan “walaupun jutaan ringgit peruntukan yang dipohon melalui MCA telah pun dipenuhi”.
“Kami mengharapkan tuduhan semberono beliau hanya bersifat populis untuk meraih sokongan kepada kempen beliau,” katanya.
Dalam pemilihan hari ini, Wee bertanding jawatan timbalan presiden MCA. Beliau secara rasmi melepaskan jawatan ketua Pemuda MCA dalam perhimpunan agung pergerakan itu semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan