Jumaat, 20 Disember 2013

SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani

Azuan Ab Rahman

MAT_ZAIN


KUALA LUMPUR : Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) dalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan afidavit palsu.

Dalam perakuan bersumpah Mat Zain yang didedahkan 7 Oktover lalu, Najib mengemukakan afidat pasli untuk menyorokkan salahlaku Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.

Menurut Mat Zain, pada September 2011 satu sapina diserahkan kepada Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan fitnah II keatas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Najib Razak menerusi peguamnya mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengetepikan sapina berkenaan.

Najib mengikrarkan afidavit sokongan dan pembetulan pada September 2011 bagi menyokong permohonannya.

Najib didalam Afidavit tersebut memohon supaya sapina tersebut diketepikan kerana beliau tidak dapat memberikan sebarang keterangan yang relevan yang dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut.

Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan, ikrar dikemukakan Najib dalam perenggan 5 dan 13 dalam afidavit tersebut palsu dan tidak benar.

Ini kerana menurut Mat Zain, Najib telah ditaklimatkan olehnya berkaitan perbuatan pemalsuan keterangan dalam penyiasatan insiden mata lebam sejak Oktober 2008.

Kata Mat Zain, tidak munasabah dan satu pembohongan apabila Najib bersumpah bahawa beliau tidak dapat memberikan maklumat releven kepada mahkamah berkaitan isu yang dibawa pihak pendakwaan.

“Saya menekankan bahawa dengan mengikrarkan afidavit sedemikian rupa menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib, secara bersungguh-sungguh dan dengan sengaja membenamkan apa-apa keterangan salahlaku Gani Patail,” tulis Mat Zain dalam akuan bersumpahnya.

Tiada ulasan: