Isnin, 23 Disember 2013

Polis kejar peserta, rampas bahan flashmob

 

 

Penganjur flashmob di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam gembira kerana berjaya mencapai objektif, walau dengan gangguan pihak polis yang mengejar peserta dan merampas bahan yang digunakan semasa acara tersebut.

Jurucakapnya Azan Safar berkata kumpulan seramai kira-kira 100 orang itu, yang ingin menyuarakan bantahan ke atas kenaikan kos sara hidup dan penghapusan pelbagai subsidi pada awalnya mengunjungi pusat membeli belah Mid Valley.

NONEMenurutnya, sejumlah anggota polis mengejar dan merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flashmob berkenaan, dan mereka turut dihalau keluar dari premis terbabit.

"Mereka (polis) mengejar sebahagian daripada kami di sekitar pusat membeli-belah untuk memaksa kami keluar. Namun, Kami kembali di luar pusat membeli belah. Ia (flash mob) tidak berakhir dengan baik kerana terdapat banyak halangan.

"Bagaimanapun, objektif kami 'flash mob' telah kami capai," kata Azan Safar, jurucakap kumpulan penunjuk perasaaan

Akhirnya, kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) itu terpaksa meneruskan demontrasi di tepi jalan sekitar kawasan luar Mid Valley, katanya.

NONETambahnya, 'flash mob' itu juga bagi memberi publisiti mengenai perhimpunan lebih besar pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka.

"Ini (perhimpunan) adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa 2014 adalah tahun yang buruk untuk rakyat. Pergerakan ini tidak akan berakhir pada 31 Dis. Ia (bantahan) akan diteruskan sehingga kerajaan mendengar suara kami.

"Kami akan mendesak kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup yang telah diumumkan akan mengalami kenaikan," katanya kepada para peserta.

Sementara itu, satu lagi flashmob diadakan di kawasan sekitar pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kira-kira 40 orang peserta yang dipimpin oleh NGO Jingga 13 itu membawa menunjukkan poster dengan slogan membantah kenaikan harga barang dalam acara selama kira-kira lima minit di luar kompleks beli-belah itu.

Poster tersebut antara lainnya membantah kenaikan harga gula, petrol, elektrik, lebuh raya bertol, cukai taksiran harta, pengangkutan awam dan yuran langganan Astro.

Kumpulan peserta itu turut mengedarkan risalah bantahan kepada orang ramai di kawasan tumpuan tersebut.

Tiada ulasan: