Ahad, 22 Disember 2013

Harga murah pikat pembeli

 
Mudah dibeli di kaki lima dan melalui internet.

 

Bahagian 2
Ubat haram



PETALING JAYA: Ubat termasuk ubat tradisional yang diragui ketulinannya   mudah diperolehi dan harganya murah.

Ubat ini diragui kerana tidak ada kelulusan Kementerian Kesihatan.

Sesetengahnya pula diimport tetapi tidak diketahui dengan jelas isi kandungannya.

Pelbagai jenis ubat dijuaI tetapi yang paling popular ialah ubat untuk lelaki kerana ia dijual secara terbuka termasuk Viagra.

Ia tidak memerlukan pengesahan surat doktor. Bukan sahaja boleh dibeli di kaki lima tetapi di kedai runcit dan jamu.

Seorang peniaga di Pudu menjual Viaga hanya RM5 sebiji.

`Powernya sama’

“Saya jual murah kerana dapat terus dari pembekal, selain tidak menyewa bangunan yang mahal.

“Tetapi `power’nya sama dengan yang dibeli farmasi atau klinik,” katanya lagi ketika ditemui minggu lalu.

Apabila ditanya adakah ia memberi kesan sampingan, penjual tersebut memberitahu, sepanjang berniaga tidak pernah ada orang datang mendakwa mereka terkena sakit sampingan.

Seorang lagi peniaga memberitahu, orang muda tidak membeli ubat kaki lima tetapi diminati oleh orang tua dan warga emas.

“Orang tua suka beli di sini kerana harga murah dan senang di dapati.

“Mereka malu nak ke klinik kerana akan ditanya pelbagai soalan ,” katanya.

Ubat-ubat begini juga diiklankan secara meluas melalui internet.

Tiada ulasan: