Ahad, 22 Disember 2013

Jangan beli ubat yang tidak dilulus

 
Biro Pengawalan Farmaseutikal menasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan ubat tradisional di internet

 

Bahagian 3
Ubat haram



PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan ubat sama ada semula jadi atau sebaliknya yang tidak diluluskan oleh jabatan farmaseutikal,  Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

Beberapa produk semulajadi (tradisional) mengandungi bahan kimia, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan.

Penggunaan produk semulajadi (tradisional) yang dicampur palsu dengan bahan kimia boleh menyebabkan kesan serius, kata  laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal.

Beliau turut menasihatkan, orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan ubat tradisional yang semakin marak di internet.

Katanya, pihaknya tidak boleh melarang atau mengawal penjualan.

Bagaimanapun, seorang pegawai jabatan itu berkata, orang ramai boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa jika masih ada ubat yang diharamkan di pasaran.

‘Buat siasatan’

“Pihak kami akan membuat siasatan mengenai perkara tersebut,” katanya.

Beliau juga memberitahu, penjual tidak boleh mengedarkan ubat mereka ke pasaran selagi tidak mendapat pengesahan dari jabatan.

Mereka yang ingkar akan diambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang, tambahnya lagi.

“Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesihatan orang lain.

“Jangan buat alasan lambat mendapat kelulusan, mereka menjual terlebih dahulu,” katanya.

Pegawai tersebut juga menegaskan bahawa pihaknya akan terus menjalankan operasi merampas ubat palsu dan terlarang untuk memastikan orang ramai tidak terbeli ubat palsu.

Tiada ulasan: