Friday, October 28, 2011

Selamat datang ke Malaysia yang keji, Selamat tinggal, para pelabur!

Malaysia Chronicle


SURAT Dengan otak sebesar kacang, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah meletakkan sandarannya dibelakang politik kotor, saya alu-alukan kedatangan ke Malaysia yang tiada undang-undang. Sangat jelas hari ini bahawa ‘undang-undang’ tidak wujud kecuali ‘undang-undang’ UMNO.

Ia sesuatu yang menyedihkan bagi Malaysia apabila pemimpin politik kita, lebih-lebih lagi dari pemerintah, menggunakan tipu-helah, mereka-reka cerita menggunakan anak musuh politiknya apabila gagal menjejaskan kemaraan politik seterunya.

Dan apakah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, pihak polis dan semua badan-badan penguatkuasaan? Habuk pun tak ada!

Warga Malaysia yang terbuka mindanya, menghormati undang-undang dan prinsip negara mula berfikir bilakah kegilaan ini akan berakhir?

Jelas sekali, BN gagal menggoncang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kerana itu, kroni UMNO yang dikepalai oleh Muhyiddin telah mensasarkan anaknya dengan harapan boleh melemah dan menewaskan keyakinan beliau.

Mereka sangat berharap perkara ini boleh menggoncang kedudukan Setiausaha Agung DAP itu dan partinya.

Isu sebenar – kebenaran yang direkayasa dan diadu-domba

Apabila taktik kotor mula mengena muka sendiri dengan tahap kemarahan rakyat terhadap UMNO lebih dari terhadap pentadbiran Lim Guan Eng, UMNO telah cuba untuk mengelak dan menafikan ia menyerang anak beliau.

Diantara pembesar UMNO dan blogger kaki ampunya yang terlibat dakwaan liar dan salah yang kononnya anak lelaki Guan Eng berusia 16 tahun telah melakukan perlecehan seksual, ialah tiada lain selain Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Dan terkini, tiba-tiba Muhyiddin mendahului ketuanya Perdana Menteri Najib Razak yang berkata: “Jangan babitkan keluarga di dalam arena politik”, satu jawapan yang bersyarat, yakni harus diperakui oleh BN dan Pakatan.

Perdana Menteri, boleh tidak anda dan timbalan anda menjalani pemeriksaan otak dengan pakar? Isu di sini bukanlah penggunaan politik kotor. Kebenaran yang direkayasa dan diadu-domba adalah punca sebenar.

Pengampu bergegas tunjuk ‘kesetiaan’

Dapatkah anda perhatikan siapa yang tidak mahu mengalah? Tiba-tiba keluar pula pencacai UMNO nombor satu, Presiden MCA Chua Soi Lek. Beliau sendiri yang terpalit kes skandal seks, memaksa kita mempercayai yang politik kotor adalah satu kebiasaan.

Ia sememangnya sesuatu yang menjelekkan, merendahkan prinsip dan martabat seorang manusia. Mereka ada menyatakan yang burung dari jenis yang sama akan berkumpul bersama. Bagaimana ini satu kebetulan?

Episod ini jelas menunjukkan yang UMNO dan MCA tiada rasa hormat terhadap demokrasi dan tidak menghormati pilihan rakyat.

Guan Eng telah diundi oleh rakyat lalu dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, lihat bagaimana BN dan undang-undang sedia ada memperlakukan beliau dan keluarganya. Tanpa ada langsung keadilan dan kesaksamaan. Orang yang kalah Pilihanraya Umum tahun 2008, iaitu BN, tidak mampu menerima hakikat kekalahan dengan cara yang baik, maka itu tiada rasa hormat terhadap Ketua Menteri yang mentadbir.

Tidak memperdulikan kesan terhadap ekonomi

Di dalam pencarian mereka untuk terus berkuasa, saya tertanya sama ada ahli politik BN mengetahui bahawa watak politik dan tiada rasa hormat terhadap undang-undang mula menghakis keyakinan rakyat dan menjauhkan para pelabur dari negara?

Sekiranya mereka masih meneruskan perbuatan ini, semua rakyat Malaysia akan terpalit kerana ekonomi kita akan merudum.

Dan pihak polis yang dikuasai UMNO telah menegluarkan permit untuk kumpulan Islam mengadakan perhimpunan di Shah Alam bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu murtad. Yang sebenarnya, tiada satu pun kes murtad yang berlaku sejak Merdeka 1957 lagi, seperti yang diperakui oleh Menteri Dalam Negeri. Jadi, apa dan dimana ancaman yang dikatakan itu seraya mengadakan protes? Jelas sekali, ini telah dipolitikkan, bukan kerana hendak mempertahankan agama.

Syukur kita pada Tuhan yang telah menyelamatkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang tidak bertindak secara emosi, atau juga turun bersama menyokong kumpulan itu menghentam orang bukan-Islam pimpinan UMNO. Hanya sekadar 5,000 orang yang hadir ke acara yang diwar-warkan sebagai Perhimpunan Satu Juta Umat.

Pemimpin UMNO yang hadir ialah bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim dan simpatisan UMNO Hassan Ali dari Pas Selangor.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali yang juga Ketua Umum Perkasa, tetapi sikap ‘gedebe’nya kurang menyerlah bila acara itu tidak mendapat sokongan kuat dari warna Malaysia terutama orang Melayu.

Keyakinan pelabur semakin menghilang

Dan masih tentang BERSIH 2.0, Najib ada hati membandingkan acara Himpun dengan BERSIH 2.0 sambil menyatakan yang Himpun patut dipuji kerana dilakukan secara aman.

Sekarang ini, Himpun telah berhimpun bukan kerana mempertahankan Islam, tetapi mengutuk dan menrap kebencian terhadap bukan Islam, dengan harapan majority orang Islam akan berdiri dibelakang UMNO-BN.

Kata-kata azimat, provokatif dan lancang menenggelamkan isu sebenar dakwaan mereka tentang kes murtad tadi. Namun, pihak polis tetap membenarkan acara yang menumbangkan semangat berbilang kaum rakyat Malaysia hanya untuk terus menggengam kuasa politik.

Permit diberikan pihak polis kepada penganjur untuk menyemarakakn emosi dan isu-isu sensitive terhadap bukan-Islam, terutamanya terhadap penganut kristian.

Hanya orang yang buta hati menafikan yang dunia sedang melihat apa yang berlaku di negara kita, keyakinan pelabur asing mula mengecil dan seterusnya menghilang.

Jiran tetangga kita, sudah pasti akan mengaut keuntungan ekonomi di atas harga pengorbanan rakyat yang digadai oleh pemerintah elit.

Diwaktu kegilaan ini, harapan agar Tuhan memberkati semua rakyat Malaysia dan bantulah Sang Penjahat kembali ke jalan benar demi negara dan masa hadapan kita, sebelum ianya terlambat. Jackson Ng ialah bekas wartawan dan pembaca Malaysia Chronicle

No comments: