Sunday, October 30, 2011

Adakah bintang Michelle Yeoh akan bersinar buat MCA di Perak?

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.

“Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekiranya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini. Beliau turut bergambar sebagai ‘ratu’ BN semasa pilihanraya yang lalu menuntut rakyat mengundi BN. “Saya ragu tentang kelayakannya kerana beliau tidak pernah tidak-berpihak (imparsial) selama ini,” ujar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Bukan ikon demokrasi, bukan pejuang pembebasan

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun ini tidak akan menyekat peminatnya dari merasa kesal. Dengan menggunakan prinsip kira-kira yang sama, ianya agak sukar untuk orang Cina mengundi MCA jika beliau menyertai parti itu atau sekali lagi mengambil tempat sebagai ‘duta’ menjelang pilihanraya umum ke-13, diramalkan berlangsung dalam beberapa bulan terdekat ini.

Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle “akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak”. Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberik reaksi terkejut tentang berita itu.

“Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya,” ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi – bercanggah dengan kedudukan dan cara hidupnya yang agak bermegah-megahan.

Soi Lek mahu ke Perak

Samada MCA yang sedang tenat ini berjaya memujuk Michelle masuk dunia politik atau tidak, parti itu telah menggunakan segala cara untuk memenangi beberapa kerusi di Perak untuk dilihat kemas oleh Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO pimpinannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek juga dikatakan mahu bertanding di Perak. Soi Lek bukanlah seorang bintang Hollywood seperti Michelle tetapi beliau turut ‘berlakon’ dalam adegan lucah.

Dan lagi, tidak seperti Michelle, Soi Lek mungkin selamat sekiranya beliau bertanding di kawasan kuat UMNO di mana majoritinya orang Melayu berbanding dengan kawasan Cina di mana beliau tidak popular.

Bukan sahaja semua orang Cina negeri Perak marah dengan Najib kerana taktik jahat merampas Perak dari Pembangkang tetapi juga kerana perselisihan dengan Istana atas isu yang sama, ini ditambah lagi dengan Soi Lek yang terpalit skandal seks.

Oleh kerana video skandal seksnya muncul pada tahun 2007, mereka tahu yang beliau sangat terdedah kepada serangan dan tidak mungkin boleh bangun melawan untuk UMNO kalau untuk diri sendiri pun sudah agak susah.

“Beliau pasti akan dimalukan oleh pengundi Perak. Datang dan cubalah bertanding di Tanjung Malim atau gopeng,” cabar Nizar yang merujuk kepada dua kawasan kuat Pembangkang di negeri itu.

"Chua Soi Lek ialah masalah besar MCA. Beliau hanya menguasai 39% sokongan dari dalam parti apabila beliau dilantik sebagai presiden tahun 2010. Ia amat diketahui ramai yang skandal seksnya tidak akan membantu parti itu. Kita serahkan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan, tetapi Chua sedang menguji moral masyarakat dan kita ramalkan pengundi akan menolak beliau,” ujar Kor Ming.- Malaysia Chronicle

No comments: