Sejak berabad lamanya, emas telah dikenali sebagai satu cara menonjolkan kekayaan seseorang dan memainkan peranan penting dalam jual-beli kuasa. Semasa tamadun pemerintahan Mesir dan Yunani lagi, emas digunakan bukan hanya untuk tujuan kecantikkan, tetapi juga sebagai cara berjual-beli dan sebagai satu kuasa mengubah nasib seseorang itu. Namun begitu, apa sahaja yang mempunyai nilai ke atasnya, pasti akan ada mekanisme jatuh-bangun nilainya.
Pasaran emas dilihat stabil baru-baru ini sejak diniagakan pada bulan Ogos iaitu setinggi $1927 dan serendah $1529 pada 16 September lalu. Kemeruapan petunjuk VIX dikatakan sebagai punca penstabilan hasil bumi itu. Di dalam artikel terdahulu kami, kami ada menyarankan penjualan di bulan Ogos selepas sedikit gencatan di dalam harga Emas. Jadi ke mana kita sekarang?
Mengambil kedua-dua pandangan terkini politik dan ekonomi di serata dunia, kami telah sampai kepada satu rumusan yang masa untuk memberikan keyakinan terhadap Emas sudah menyinar. Masa untuk berkeyakinan pada Emas pada masa ini adalah berasaskan alasan-alasan fundamental dan teknikal.
Secara fundamentalnya, ada banyak sebab kenapa harga Emas akan melonjak naik.
Pertama, kehendak untuk Emas di Asia akan melonjak kerana kita sudah samapi ke penghujung tahun dengan pelbagai perayaan-perayaan semua kaum dan bangsa yang akan tiba. Untuk kaum india, pesta Cahaya atau ‘Deepavali’ yang berlangsung pada 26 Oktober. Secara tradisinya, masyarakat India akan berbelanja membeli barangan kemas samada untuk dipakai sendiri atau sebagai hadiah untuk sanak-saudara dan kerana itulah harga emas melonjak naik. Menurut Srivanesan, wakil Persatuan Peniaga-peniaga Emas India, kehendak pada Emas ketika musim perayaan, biasanya ‘meningkat lebih dari 30%’.
Menjelang bulan November dan Disember, musim orang berkahwin akan tiba di serata Asia. Masyarakat Islam di Asia Tenggara kebiasaannya akan mengadakan majlis perkahwinan sewaktu musim cuti sekolah panjang. Tidak seperti masyarakat Cina atau India yang memilih untuk perkahwinan mereka diadakan mengikut ketetapan Feng Shui dan Vaastu Sastra (Feng shui versi India), masyarakat Melayu biasanya memilih melangsungkan perkahwinan sewaktu musim cuti kerana ia adalah waktu di mana semua orang sedang bercuti dan sanak-saudara dapat menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Selain itu, kemunculan Tahun Baru Cina adalah antara alasan terhadap permintaan Emas yang tinggi. Secara tradisinya, keluarga orang Cina akan membeli emas samada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah untuk yang tercinta semasa musim perayaan. Tukang emas akan turut mengeluarkan edisi khas kerja tangan mereka atau koleksi terhad mengikut perkiraan zodiak untuk tahun itu. Tambahan pula, bulan Disember dan Januari ini dikatakan sebagai bulan istimewa untuk melangsungkan perkahwinan dalam masyarakat Cina, maka itu kehendak untuk Emas meningkat.
Kedua, membuat pelaburan atas Emas semakin mendapat tempat kebanyakan generasi muda. Emas menjadi pilihan utama untuk barangan kemas berbanding berlian atau batu-batu berharga seperti nilam, zamrud dan sebagainya kerana nilai emas yang agak stabil. Tambahan lagi, kerana kejituan memasar dan mengajar tentang pelaburan Emas oleh kerajaan-kerajaan di benua Asia, pelaburan berbentuk syiling jongkong emas meningkat beberapa kali ganda. Lawatan di beberapa buah bank di Malaysia menunjukkan yang syiling Kijang Emas tidak kedapatan kerana permintaannya yang tinggi.
Merentasi Laut Cina Selatan, China telah memperkenalkan mesin Mengeluar Emas pada 1 Oktober yang lalu, menyertai negara-negara seperti Amerika, Jerman, Itali dan Arab Emiriyah dalam menganjurkan mesin ATM yang mengeluarkan syiling dan jongkong Emas. Orang awam kini boleh membeli syiling emas terdaftardari mesin itu menggunakan kad kredit dan wang kertas. Kerajaan China sangat berminat mempromosikan penjualan emas di dalam negaranya dan kesungguhannya membuahkan hasil dengan meningkatan terhadap emas meningkat kepada 27% tahun sebelumnya. Untuk memenuhi kehendak permintaan emas yang tinggi itu, kerajaan China merancang untuk menyediakan 2,000 lagi mesin ATM Mengeluar Emas di seluruh negara mulai tahun hadapan.
Laporan Majlis Emas Dunia pada bulan Mei tahun ini menunjukkan yang China telah mengambil-alih tempat India dalam penggunaan emas terbesar, menggunakan sekitar 91 tan sumber bumi itu iaitu peningkatan 21% dari tahun ke tahun.
Ketiga, nisbah Emas kepada pertukaran mata wang asing di negara-negara Asia sangat rendah berbandaing di negara-negara Barat. Jika kita melihat carta tahun 2010 Majlis Emas Dunia untuk bulan Disember bagi simpanan Emas/Matawang, pemegang terbesar emas dan matawang ialah negara Zon Kesatuan Eropah dan Amerika.
Carta Emas/Matawang mengikut Negara
Portugis 81.1 % 421
Yunani 78.1 % 111
Amerika 74.7 % 8133
Jerman 71.7 % 3401
Itali 71.4 % 2451
Peranchis 66.1 % 2435
India 8.1 % 614
Jepun 3.0 % 765
China 1.7 % 1054
Malaysia 1.5 % 36
Korea Selatan 0.2 % 14
Kita akan dapat perhatikan bahawa negara-negara Asia mempunyai nisbah Emas/Matawang yang rendah walaupun China, India dan Jepun mempunyai simpanan emas terbesar di dunia. Apa makna kenyataan ini? Secara mudah, ia memberitahu kita yang ban-bank pusat di Asia sedang berbelanja membeli emas untuk meningkatkan nisbah Emas/Matawang mereka.
Dengan simpanan matawang China yang berdiri pada angka $3.2 trilion, diikuti Jepun pada angka $1.1 trilion dan India pada angka $311 bilion, akan berlaku banyak pembelian emas diantara mereka dalam bulan-bulan dan tahun mendatang. Bila bank-bank pusat mula aktif membeli emas, ia akan menyebabkan kejutan membeli emas mengakibatkan harganya melonjak mendadak. Harga penemuan emas boleh berlaku dalam masa beberapa hari tidak seperti pembelian rumah di mana ia boleh mengambil masa yang agak lama.
Catatan-catatan yang disediakan oleh Majlis Emas Dunia mungkin tidak cukup untuk menyatakan gambaran sebenar Emas oleh bank-bank pusat seluruh dunia. China boleh sahaja mempunyai lebih dari 1053 tan seperti yang dilaporkan kerana terdapat satu penurunan signifikan dalam eksport Emas dari China di dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Apa yang perlu kita ketahui ialah, bank-bank pusat mungkin menjadi salah satu entiti yang menguasai perdagangan Emas selama ini. Mereka telah memanipulasi pasaran emas melalui taktik “Pump and Dump” dan juga menguasai harga emas melalui pertukaran asing seperti SGE dan CME dengan menaikkan marjinnya. Bila harga jatuh, mereka akan bergegas secara senyap mengumpul emas untuk disimpan di dalam gedung kebal seperti yang berlaku sekarang. Dan untuk negara-negara Barat seperti Amerika dan Eropah, jika teori ‘Gedung Kebal Kosong’ digunapakai, maka mereka mungkin menguasai sedikit sahaja emas berbanding apa yang dilaporkan, egala-galanya akan terjawab
Keempat, harga Emas akan sentiasa di sokong selagi hutang belum dibayar dan kadar inflasi masih tinggi. Menurut GAO, setakat ini, FED telah menyediakan lebih dari $16 trilion cagaran kepada bank-bank. Ia diketahui umum yang hutang tidak boleh diperangi dengan lebih banyak hutang dan dengan pencetakan wang kertas untuk mencagar bank-bank besar yang hampir muflis, kerana ia hanya akan mengakibatkan kenaikan inflasi untuk harga barang dan perkhidmatan.
Dengan kadar inflasi yang meningkat sebanyak 9% di India dan 6% di China, dan inflasi makanan meningkat kepada lebih dari 10%, tiada alsan kenapa harga Emas akan jatuh. Ini kerana Emas akan sentiasa menjadi batas memerangi inflasi dan kejhendak keatasnya akan sentiasa ada pada waktu-waktu susah ini.
Kelima ialah faktor China di mana negara itu senyap-senyap mengumpul emas sejak beberapa tahun ini. Menurut Wikileaks:
“China telah meningkatkan simpanan emasnya sebagai jalan membunuh dua ekor burung dengan seketul batu”
“Radio Antarabangsa China menaja akhbar World News Journal (Shijie Xinwenbao)(04/28): Menurut Pentadbiran Kebangsaan Pertukaran Matawang Asing China, simpanan emas sudah meningkat. Ketika ini, majoriti simpanan emas itu terletak di Amerika dan negara-negara Eropah. Amerika dan Eropah sentiasa menyembunyikan harga emas yang meningkat. Mereka mahu melemahkan fungsi emas sebagai bentuk matawang simpanan. Mereka tidak mau melihat negara-negara lain memilih menggunakan emas selain daripada dolar Amerika dan Euro. Sesungguhnya, menyembunyikan harga emas memberi keuntungan kepada Amerika dalam mengimbangi matawang dolarnya sebagai matawang simpanan antarabangsa. Peningkatan simpanan emas China akan menjadi satu contoh diikuti negara-negara lain kea rah menyimpan lebih banyak emas. Simpanan emas terbesar juga sangat menguntungkan penggunaan matawang RMB di peringkat antarabangsa.”
Jadi, sudah pastilah aka nada permintaan yang kuat untuk emas dari pihak berkuasa China di dalam bulan-bulan mendatang takala menyediakan sokongan untuk harga emas.
Keenam, sekelompok pelabur yang sering diketepikan kekuatannya ialah industri dana. Industri dana menguasai hampir kesemua kekayaan di dunia, melalui perdagangan hedge fund, sovereign wealth, syarikat-syarikat insuran, dana dagangan bersama, dana pesara dan lain-lain lagi. Ia dianggarkan menguasai sekitar $31 trilion asset iaitu dua kali ganda KDNK negara Amerika iaitu $14 trilion. Ia juga dianggarkan yang industri dana memegang kurang dari 0.15% asset emas yang membawa kepada jumlah $46.5 bilion.
Apa akan terjadi sekiranya industri dana menyedari yang mereka tidak diperdagangkan di dalam emas? Terutamanya, jika krisis kewangan di Eropah menjadi samkin buruk, dan para kreditor meminta Pemegang Kunci Wang Negara (Treasurer) melangsaikan semua pinjaman, dan jika bon dan stok menghasilakn kurang dari apa yang diramalkan dan sebagainya. Apa yang akan terjadi sekiranya pengarah-pengarah industri dana ini memilih untuk meningkatkan penerimaan mereka terhadap emas sebanyak 0.15%? Ini akan mewakili $46.5 bilion lagi dana mentah siap untuk dijual-beli. Bayangkan apakah kesannya terhadap harga emas? Saya yakin dalam masa dua setahun atau dua tahun lagi, kita akan katakana yang harga $2000 untuk emas masih murah.
Akhir sekali, dari perspektif teknikal, Emas sejak bulan Ogos yang lalu telah dikonsolidasi untuk beberapa bulan terdahulu dan pasaran nampaknya mempunyai dokongan yang kuat pada angka 1600. Ia mulai stabil pada angka 1600 – 1650 dan dengan pengecutan Bollinger Bands, sepertinya akan berlaku penceraian dari itu.- Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment