Sunday, October 30, 2011

Harta FLOP, Imelda Marcos Dirampas, Bila Lagi Harta FLOM?

KELAN GREENBOC


Manila: Tiga hartanah di Manila yang dimiliki oleh bekas wanita pertama negara itu yang ranggi, Cik Imelda Marcos, akan dirampas pihak berkuasa sebagai bayaran bagi wang yang beliau salahgunakan hampir tiga dekad lalu, kata pemerintah Filipina semalam.

Rumah-rumah itu bernilai sejumlah US$1.3 juta(RM4.00 juta), menurut pemerintah negara itu.

Langkah itu menamatkan satu pertarungan undang-undang yang bermula pada 1987, setahun selepas mendiang suami Cik Marcos, bekas presiden Ferdinand Marcos, diguling, kata seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Presiden bagi Pemerintahan Baik Filipina, Encik Nick Suarez.

Beliau berkata tidak diketahui apakah keluarga Encik Marcos pernah tinggal dalam rumah-rumah itu, yang akan dijadikan pampasan bagi 10 juta peso yang diambil secara haram daripada agensi pengimport beras Filipina pada 1983.

'Ia satu kemenangan bagi rakyat Filipina dan pemerintah kerana kita telah mendapatkan semula apa yang telah dicuri,' kata Suarez kepada agensi berita AFP.

Suruhanjaya itu telah berusaha mencari jalan untuk mendapatkan semula wang berjumlah sehingga berbilion dolar yang dicuri oleh mendiang diktator Filipina dan keluarganya itu semasa beliau memegang jawatan presiden negara itu.

Sebuah mahkamah antirasuah khas memutuskan pada April lalu bahawa keluarga Encik Marcos harus mengembalikan wang tersebut kepada pemerintah, bersama faedahnya, dan mahkamah yang sama juga memutuskan minggu ini bahawa pemerintah Filipina kini boleh merampas hartanah itu selepas keluarga berkenaan gagal melunaskannya.

Jurucakap bagi Cik Marcos tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Mendiang Marcos memerintah Filipina dari 1965 hingga 1986, dengan sebahagian besar tempoh tersebut beliau bertindak sebagai seorang diktator.

Keluarga dan sekutu-sekutu beliau telah didakwa mencuri berbilion dolar daripada dana negara semasa pemerintahannya.

Cik Marcos terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah, walaupun negaranya serba miskin.
-- AFP.

Ulasan GB

Itu FLOP - First Lady Of Philipphines. Bilakah lagi untuk FLOM - First Lady Of Malaysia? Yang juga mempunyai harta melimpah ruah setelah Najib menjadi PM dimana FLOM juga seperti Imelda terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah?

Cincin dan beg FLOM berjuta nilainya. Itu baru dua barangan. Belum cungkil habis harta-harta lain....

No comments: