BELANJAWAN 2012 (ataupun dalam ungkapan Inggerisnya Bajet 2012) itu tidak bersifat rohaniah. Pemberian duit atau pun memberi baucer buku sejumlah RM200 kepada pelajar, bukan sesulit mengasuh mereka agar menghormati ilmu. Apa lagi, kerajaan persekutuan memiliki dana yang dipungut daripada wang percukaian rakyat.
Jadi, untuk mengeluarkan baucer sebanyak RM200 itu bukanlah susah sangat.Yang susahnya ialah bagaimana kerajaan hendak beri petunjuk dan pedoman agar pelajar membeli bukubuku yang patut dibeli?
Sememangnya, baucer buku itu diberi kepada pelajar agar mereka membeli buku dan bahan rujukan lain. Niat ini betul.Najib Razak memberi baucer buku itu kerana memikirkan buku hari ini agak mahal. Baucer itu setidak-tidaknya boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
Maka, di sini ada titik perselisihan, kerana isu ekonomi dititikberatkan dalam pemberian baucer tersebut.
Sepatutnya, baucer buku itu diberi kepada pelajar dengan pesanan kepada mereka bahawa di sana ada senarai buku yang mereka patut beli serta wajib baca. Kerajaan patut berkata kepada mahasiswa, “Dengan baucer RM200 ini, maka kerajaan sarankan anda membeli bukubuku ini. Jika anda tidak baca buku ini, nesaya tempanglah fikiran semua kita dalam mendepani kehidupan selepas bergelar graduan kelak.”
Bagaimanapun ada perkembangan yang baik saat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa baucer RM200 itu adalah bertujuan menggalakkan tabiat membaca siswa sekali gus menggalakkan mereka membeli buku yang berada di luar daripada sukatan pelajaran mereka. Harapnya, hal ini disusuli dengan senarai panjang berhubung jenis-jenis buku yang sepatutnya dibeli juga.
Najib Razak ketika membentang Belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua siswa Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.
Kalau kita melihat kempen membaca hari ini sangat longgar. Membaca apa yang perlu? Apa pula yang tidak tidak perlu dibaca? Ada ramai penuntut yang membaca.
Jangan terkejut jika ada yang membaca komik Alam Perwira dan Dendam Kesumat. Itu belum lagi masuk URTV, Mangga dan sejumlah majalah hiburan yang lainnya.
Kita mengirim peringatan sebegini kerana kebanyakan buku untuk pengajian universiti itu sebenarnya bersifat sementara dan bukanlah untuk pemikiran tinggi.
Contohnya, jika mereka datang daripada Fakulti Kejuruteraan, maka baucer RM200 itu tidak mampu membeli bukubuku yang terkait dengan ilmu kejuruteraan pun.
Maka, manfaatkanlah buku-buku itu dengan buku-buku perlu yang penting dan berguna selepas pengajian di universiti.
Jadi, apakah yang patut dibeli oleh siswa kita dengan baucer RM200 itu?
Iaitu, buku-buku bertaraf pemikiran berat seperti falsafah Islam, falsafah Barat, dan lain-lain falsafah yang dikongsi bersama di dunia Timur, termasuk buku-buku sastera. Jangan dilupakan al-Quran dan kitab hadis 40 juga!
Ini semua adalah bukubuku yang bersifat abadi yang boleh dibaca sampai ke hari tua. Kita gariskan buku-buku ini sebagai ‘ilmu-ilmu perlu’ atau fardu ain. Sementara yang lain pula (buku-buku Fakulti Kejuruteraan) adalah bukubuku yang patut dibeli dengan biasiswa ataupun pinjaman.
Maka, tindakan yang hanya memberi baucer RM200 ini sepatutnya diawali dengan pengisytiharan mengenai buku apa yang patut dibeli oleh para pelajar itu. Tidak boleh kita hanya memberi baucer sahaja tanpa menjelaskan kedudukan mengenai jenis buku apakah yang patut mereka beli.
Kalau tiada penekanan terhadap pedoman dan panduan membeli jenis buku, maka tiadalah ertinya hidup sebagai pelajar. Ketika Tuhan memberi sebuah dunia untuk kita teroka, seperti rumah, ladang dan haiwan ternakan (baucer nikmat di dunia), maka Tuhan juga memberi kita pedoman al-Quran.
Jadi, pemberian baucer RM200 itu tidak cuma terhenti kepada urusan pemberian sahaja, tapi mestilah dilanjutkan kepada pedoman dan panduan tentang bukubuku seperti apa yang patut dibeli seperti buku pemikiran dan falsafah. Ilmu ini penting bagi menempuh suatu kehidupan selepas bergelar pelajar.
Baucer RM200 itu sebenarnya tidak perlu lagi untuk kuliah pengajian mereka kerana pinjaman dan biasiswa itu sudah pun ada sebelum ini.
Ini bermaksud, kerajaan perlu ada unsur tarbiyyah, perlu ada didikan asuhan kepada siswa mengenai buku-buku perlu. Ini yang patut dititikberatkan Najib Razak. Kita akui, ia suatu tindakan yang baik juga apabila kerajaan memutuskan agar baucer itu tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Jika tidak, berkemungkinan besar mereka akan menyalahgunakan wang yang boleh ditunaikan
No comments:
Post a Comment