Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memohon kerajaan Pulau Pinang segera menarik balik usul yang melarang wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri dan membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kerajaan negeri tidak seharusnya menggunakan kuasa di dalam dewan untuk mengenakan larangan, yang NUJ percaya tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata Setiausaha Agung NUJ V Anbalagan dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada sedemikian melanggar kebebasan bersuara, termasuk kebebasan akhbar menurut Perlembagaan Persekutuan.
Anbalagan berkata kerajaan Pulau Pinang mestilah memahami media dan wartawan membuat liputan persidangan yang mempunyai hubung kait dengan rakyat di negeri ini.
"Persidangan Dewan Undangan Negeri adalah persidangan rakyat dan media, yang berkhidmat demi kepentingan rakyat, mesti dibenarkan untuk membuat liputan persidangan tanpa halangan," katanya.
"Dalam hal ini, usul yang diluluskan untuk melarang Utusan Malaysia mestilah dibatalkan apabila persidangan (DUN) berlangsung esok (Isnin)," katanya.
NUJ turut menggesa pihak media agar patuh kepada etika kewartawanan yang tinggi semasa membuat liputan.
Kenyataan itu merujuk satu usul yang diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri pada Mei yang melarang Utusan Malaysia daripada menghadiri dan membuat liputan persidangan dewan atas dakwaan salah lapor. Bernama
Monday, October 24, 2011
NUJ mohon larangan ke atas Utusan dibatalkan
MALAYSIA KINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment