Monday, October 24, 2011

Menu rakyat: Najib je dapat RM4 tapi rakyat kena RM6?

Diterbitkan oleh: Editor@WD


Yang kaya lagi kaya, yang miskin makin tertindas. Itulah realiti yang ditempuhi rakyat di negara ini ketika 50 tahun lebih negara sambut merdeka.


Lebih malang lagi, rakyat mempunyai pemimpin yang rakus dan kuat berbohong untuk menguruskan pentadbiran negara.

Rakyat sekadar didekati bila tiba musim pilihanraya, bila dah habis pilihanraya, ‘sepahnya’ dibuang jauh-jauh. Kesengsaraan hidup rakyat tiada siapa mempedulikannya.

Baru-baru ini, kerana nak memberitahu kononnya dia seorang pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat, pemimpin sentiasa bersama rakyat, tak pasal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pi masuk kedai makan konon kedai rakyat yang mempunyai hidangan ‘menu rakyat’.

Di kala itu, ramai penyokong Umno gembira dan berbangga dengan pemimpin mereka kerana hanya pemimpin mereka sahaja yang sanggup bersama-sama dengan rakyat, makan bersama rakyat, makan pulak ‘menu rakyat’.

Yang menggembirakan hati penyokong Umno ialah, harga menu rakyat yang perlu ‘dibayar’ Najib yang didakwa terlalu murah dan rakyat mampu untuk makan ‘menu rakyat’ seperti Perdana Menteri.

Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran ‘Ukhwah’ dan disiarkan meluas oleh blogger upahan Umno dan media arus perdana pro Umno, konon Najib adalah pemimpin rakyat, sanggup makan ‘menu rakyat’ yang berharga RM4.00 sahaja.

Namun, apa yang mengejutkan, ada yang mendakwa harga sebenar ‘menu rakyat’ seperti yang didakwa tidaklah semurah yang disangka.

Sampai bila Najib nak berbohong

Najib begitu bangga dengan harga makanan ‘menu rakyat’ yang dikenakan padanya.

Dakwa Najib, lauk ‘menu rakyat’ yang diambilnya seperti sepinggan nasi, seketul ayam gorang berkuah kari, kari daging lembu dan acar buah hanya berharga RM4.00.

Namun apa yang sebenarnya ialah, harga RM4.00 yang didakwa Najib itu hanyalah satu pinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap sahaja, tidak pula seperti lauk yang dipaparkan dalam media seperti yang Najib ambil.

Padahal harga sebenar ‘menu rakyat’ yang Najib makan ialah RM6.00 dan itulah rakyat di luar sana perlu bayar.

Tidak pula Najib yang mempunyai ‘keistimewaan’ sekadar membayar RM4.00 sahaja dengan lauk yang sama. Untung engkau Najib! Rakyat juga yang terkapai-kapai.

No comments: