Wednesday, October 26, 2011

Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris: Siapa salah tanggapan?

Feizrul Nor Nurbi


Saya membaca dengan penuh minat perdebatan berkenaan PPSMI seperti yang tertulis dalam kebanyakan akhbar di bahagian ‘Surat untuk Editor’. Barangkali agak tidak sesuai saya memanggilnya perdebatan kerana cuma hujah sebelah pihak yang kelihatan iaitu daripada penyokong PPSMI.

Izinkan saya memberi pandangan yang bertentangan.

Daripada apa saya dapat dengan membaca pelbagai artikel, surat dan pesanan pendek (SMS) yang menceritakan kebaikan PPSMI, saya boleh rumuskan penyokong-penyokong dasar ini menyokong di atas DUA hujah utama, iaitu –

SATU – penurunan taraf Bahasa Inggeris di kalangan graduan dalam negara ini yang memberi kesan terhadap kebolehan mereka diterima bekerja di dunia yang mana Bahasa Inggeris merupakan de facto lingua franca, dan DUA – kebarangkalian ditinggalkan dalam bidang Sains dan Matematik kerana kurangnya bahan rujukan dalam Bahasa Melayu yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris.

Pertamanya, keluhan di atas pembatalan dasar ini mengejutkan saya. Ianya mengejutkan kerana ibu bapa yang berusaha menunjukkan mereka sebagai ‘wakil SEMUA ibu bapa di Malaysia’ bekerja keras untuk mempertahankan kepentingan negara, sebenarnya sudah salah tanggapan.

Kenapa saya berkata begini?

Pandangan jujur saya ialah untuk menjadi fasih dalam Bahasa Inggeris, seseorang itu harus belajar Bahasa Inggeris – mudah dan jelas.

Saya datang dari zaman di mana guru Bahasa Inggeris saya membuat bahasa itu sesuatu yang seronok untuk dipelajari, di mana interaksi dan komunikasi dalam bahasa itu adalah tatacaranya melalui ‘Speaker’s Corners’ dan perdebatan sambil mempelajari keindahan bahasa itu melaui tontonan TV, khususnya rancangan “X-Files” yang popular satu waktu dulu.

Di mana kami membaca berbagai-bagai buku dan menulis artikel, di mana pesta buku ditunggu-tunggu dan hari penulisan dan surat kami diterbitkan didalam akhbar dan majalah Bahasa Inggeris sangatlah dihargai.

Kami menghabiskan berjam-jam bertutur dengan pelajar dan guru, di mana bercakap dan meyuarakan pendapat melalui bahasa itu sangatlah dijangkakan. Berada dalam sekolah berasrama turut membantu di mana terdapat satu hari dalam seminggu kami hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris atau akan didenda oleh pengawas.

Semua pengalaman ini telah menjadikan saya dan teman-teman fasih dalam Bahasa Inggeris.

Dengan menganalisa ini, adalah penting untuk diambil kira bahawa kunci kejayaan dengan bahasa terletak pada kualiti orang yang membimbing. Tidak saya nafikan bahawa kami bernasib baik dalam soal itu. Dan untuk itu saya amat bersyukur.

Inilah sebabnya saya berkata penyokong-penyokong PPSMI sudah tersalah anggap – di sebalik memaksa kerajaan untuk membaik pulih kualiti pengajaran Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran, mereka memaksa untuk mengekalkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran yang begitu teknikal. Dan dalam pada masa yang sama, mempunyai kualiti Bahasa Inggeris yang boleh dipersoalkan.

Saya percaya adalah hak rakyat untuk mendesak sistem pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak kita. Apa yang kita ada sekarang jelaslah kurang standar, dinilai oleh rungutan majikan-majikan berkenaan kualiti para graduan apabila bertutur dalam bahasa itu.

Oleh itu kita patut mendesak. Mendesak untuk melihat kembali bagaimana Bahasa Inggeris diajar di dalam kelas. Mendesak para guru yang diletakkan mempunyai kelulusan dan mereka sendiri fasih dalam bahasa itu. Mendesak untuk mengambil orang yang mempunyai keghairahan dalam mengajar dengan menaiktarafkan kerjaya perguruan ke paras terhormat yang sepatutnya.

Tetapi mereka yang melawan untuk PPSMI dan memberi tumpuan kepada sesuatu yang tidak relevan, hanya pada akhirnya akan membuat kerajaan terlepas begitu sahaja.

Tidak relevan? Saya tetap dengan pendirian saya – belajar Bahasa Inggeris untuk mahir Bahasa Inggeris.

Macam mana dengan mempelajari dua mata pelajaran yang sangat teknikal dalam Sains dan Matematik boleh meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar dalam bahasa itu?

Dengan mengikut langkah PPSMI, kita akan mendapat pelajar-pelajar yang boleh mengeluarkan istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan mudah, tetapi bersusah payah untuk menyusun perkataan kepada satu ayat dan menggunakannya dalam pertuturan.

Walaupun ada pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua subjek itu di zaman PPSMI, ia adalah kerana mereka sudah pun fasih dalam Bahasa Inggeris SEBELUM mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa itu. Kerana inilah mereka berjaya, dan bukannya mereka menjadi fasih disebabkan oleh PPSMI.

Mereka yang membela PPSMI kebanyakan daripada penduduk kota yang perpendidikan tinggi dan berpertuturan Bahasa Inggeris yang sekurang-kurangya dalam golongan kelas pertengahan. Mereka ini, yang banyak menimbulkan keriuhan dan rungutan berkenaan perubahan dasar itu, adalah mereka yang berupaya menyediakan anak-anak mereka secukupnya dengan menghantar mereka ke tadika-tadika berbahasa Inggeris dan mereka sendiri bertutur dalam bahasa itu di rumah mereka. Maka tidak mengejutkanlah apabila murid-murid daripada keluarga-keluarga ini sudah pun mempunyai kemahiran untuk mengharungi PPSMI.

Sementara saya tidak memperkecilkan usaha mereka mensiap-sediakan anak-anak mereka, fikirkanlah sejenak kepada ibu bapa yang tidak mampu untuk memberi persediaan yang sama untuk anak-anak mereka. Sya bercakap tentang mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, yang tinggal di kampung-kampung, keluarga yang tidak pernah menyebut satu perkataan Bahasa Inggeris pun sepanjang hidup mereka.

Dan untuk mengharapkan anak-anak mereka hadir ke sekolah dan mempelajari bukan satu, tetapi tiga subjek dalam Bahasa Inggeris? Itu kejam!

Oleh itu, tolonglah jangan cuma mementingkan diri sendiri.

Dan kata-kata mengenai kita ketinggalan dalam bidang Sains dan Matematik disebabkan oleh kurang kemahiran dalam Bahasa Inggeris?

Saya kata – jika dan bila Bahasa Inggeris bukanlah satu masalah lagi, maka hanya langitlah yang menjadi sempadan. Apabila kebolehan dan kekuatan itu tinggi, mempelajari dan memahiri apa-apa subjek di mana bahasa instruksinya adalh Bahasa Inggeris akan menjadi mudah.

Maka, tuan-tuan dan puan-puan dari PAGE dan sebagainya, tuntut apa hak kamu. Salurkan usaha-usaha terhadap mendesak kerajaan menyediakan apa yang sepatutnya mereka sediakan, dan bukan terhadap perletakan semula dasar yang tidak kemas dalam penubuhannya dan sembarangan dalam perlaksanaannya.

Seorang penyokong yang berbincang dengan saya berkata apabila yang terbaik tidak terjangkau, maka akur dengan pilihan yang kurang baik harus dilakukan.

Biar saya beritahu kamu ini – PPSMI bukan satu pilihan yang patut dipertimbangkan pun. Kenapa akur apabila kita sebagai rakyat layak mendapat sesuatu yang lebih baik. Sememangnya kita layak mendapat yang lebih baik.

Akur adalah untuk orang yang kalah. Saya percaya PAGE dan penyokong-penyokong lain tidak melihat mereka sendiri sebagai orang yang kalah.

Lawan demi perjuangan anda, jerit sekuat hati, tetapi rakyat sekalian, jangan biarkan hak kamu dirampas dan digantika dengan sesuatu yang kurang standar, tiada isi, dan mengelirukan.

Bola di gelanggang ANDA.

- Feizul Nor Nurbi adalah pembaca Malaysia Chronicle

No comments: