Daripada RM1.70 bilion yang diperuntukan bagi 10 Jabatan, hanya RM715.23 juta atau 42.1 peratus telah dibelanjakan setakat Disember lalu.
PETALING JAYA: Pretasi perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) negeri Kelantan adalah tidak memuaskan kerana daripada RM1.70 bilion yang diperuntukan bagi 10 jabatan, hanya RM715.23 juta atau 42.1 peratus telah dibelanjakan setakat Disember lalu.
Bagaimanapun, menerusi laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini, analisis audit menunjukkan enam jabatan telah mencapai prestasi perbelanjaan melebihi 50 peratus.
Enam jabatan itu adalah Pejabat Pembangunan Negeri (RM214.35juta), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (RM9.02 juta), Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan (RM101.94 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (RM29.97juta), Jabatan Pertanian Negeri (RM12.65 juta) dan Jabatan Perikanan Negeri (RM2.16 juta).
Sepanjang tempoh RMK-9 sebanyak 196 program telah dirancang untuk dilaksanakan. Daripada jumlah itu 134 program atau 68.4 peratus telah siap sepenuhnya.
“Manakala 51 projek atau 20 peratus sedang dilaksanakan.Sebanyak 11 program atau 5.6 peratus lagi masih belum dimulakan. Prestasi pelaksanaan projek sehingga akhir tahun 2010,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam lapuran tersebut.
Jabatan Perhutanan Negeri mencatatkan jumpah program tertinggi dengan 60 dan 42 program telah pun siap. Diikuti dengan Pejabat Perbendaharaan Negeri dengan 25 program manakala 8 program sedang dilaksanakan.
Kumpulan wang disatukan
Sementara itu, kedudukan keewangan kerajaan negeri mengikut lembaran imbangan, Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2010 adalah berjumlah RM148.30 juta.
Jumlah itu terdiri daripada aset berbentuk wang tunai sejumlah RM131.97 juta dan pelaburan RM16.33 juta.
“Analisis Audit mendapati Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri telah mengalami peningkatan ketara sejumlah RM51.07 juta atau 52.5 peratus iaitu daripada RM97.23 juta pada 2009 menjadi RM148.30 juta 2010. Peningkatan antara lain disebabkan peningkatan baki Akaun Amanah disatukan berjumlah RM54.53 juta atau 10.2 peratus pada 2010 iaitu RM589.87 berbanding RM535.34 juta pada 2009.
“Baki Wang Tunai pada 2010 berjumlah RM131.97 juta berbanding RM79.60 juta pada 2009. Analisis perbandingan kedudukan wang tunai pada 2009 dan 2010 menunjukkan peningkatan berjumlah RM52.37 juta,” katanya.
Pinjaman ke atas kerajaan persekutuan meningkat
Kerajaan negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya.
Pada tahun 2010, baki hutang Kerajaan negeri meningkat sejumlah RM118.25 juta atau 11.9 peratus menjadi RM1,112 juta berbanding RM993.75 juta pada 2009.
Peningkatan ini disebabkan oleh Kerajaan negeri mendapat pinjaman baru daripada kerajaan persekutuan bagi projek membaikpulih loji rawatan pembentungan berjumlah Rn14.63 juta dan peningkatan pinjaman bagi projek bekalan air dari RM482.82 juta pada 2009 kepada RM589.74 juta pada tahun 2010.
Malah pada 2010 kerajaan negeri telah menghapuskan kira tunggakan hasil sejumlah RM0.38 juta yang merupakan cukai hiburan (bola sepak) yang dikenakan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sejak tahun 2003.
“Analisis perbandingan antara kutipan hasil sebenar pada tahun 2010 berbanding tunggakan hasil pada tahun 2010 mendapati prestasi kutipan hasil 2010 adalah memuaskan kerana kutipan hasil meningkat sejumlah RM44.83 juta dan tunggakan hasil turut mencatatkan peningkatan sejumlah RM0.23 juta,” katanya.
No comments:
Post a Comment