Risalah "Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?" diedar kepada orang awam yang hadir di Stadium Shah Alam.
SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) nafi pihaknya bertanggungjawab mengedar risalah isu murtad di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada orang awam yang hadir di Stadium Shah Alam petang tadi.
Pengerusi bersama Himpun yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariatnya tidak pernah mengeluar dan mengedarkan risalah “Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?” kepada orang awam yang hadir ke Stadium Shah Alam.
“Kita tak tau siapa yang edarkan. Kita tak pernah edarkan apa-apa risalah yang bertentangan dengan tujuan asal kita,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Risalah itu memaparkan salib besar di muka hadapan menceritakan mengenai peristiwa serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap DUMC.
Risalah itu menggambarkan pastor kanan DUMC, Daniel Ho, isteri, serta individu lain dalam DUMC sebagai dalang kepada dakwaan usaha mengkristian beberapa individu beragama Islam.
Ditanya tentang jumlah penyokong yang tidak mencapai jumlah sehingga sejuta, Azmi bagaimanapun berkata pihaknya tetap berpuas hati dengan jumlah sedia ada.
“Kami tak kisah dengan jumlah sebaliknya kami puas hati semangat dan mesej Himpun ini sampai kepada umat Islam,” katanya.
Beliau turut mempertahankan kehadiran Exco Selangor Dr Hasan Ali ke Himpun atas kapasiti individu Muslim dan bukannya melambangkan wakil ahli politik.
Katanya, terpulang pada PAS sama ada mahu mengenakan tindakan terhadap Hasan Ali atau tidak.
“Tetapi apa pun yang kita lihat tadi berdirinya beliau atas pentas tidak dilihat menunjukkan pengaruhnya dalam parti,” katanya.
No comments:
Post a Comment