Regina Lee |
“Tetapi jika beliau berpendapat saya sepatutnya bertanding mana-mana jawatan lain, saya juga bersedia menandinginya,” katanya dalam sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.
Zaid berkata, beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah menyertai pucuk pimpinan parti.
Ditanya sama ada kemungkinan beliau akan menerima pencalonan bertanding jawatan presiden parti, Zaid memilih tidak menjawab. Jika ini berlaku, Zaid akan mencabar penyandangnya, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga adalah ibu Nurul Izzah.
“Tetapi saya harap presiden akan memberikan restu kepada anaknya itu,” kata Zaid.
Sementara itu Zaid berkata tuduhan bahawa beliau adalah 'kuda trojan' yang digunakan bagi menghancurkan PKR sebagai mengarut.
"Tunjukkan bukti! Ini seperti mendakwa saya di sebalik belakang dakwaan Rahimi. Ini tak benar,” katanya merujuk kepada sidang media kontroversial semalam, oleh bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Rahimi membuat laporan polis semalam mendakwa dia dipaksa membuat akuan bersumpah yang memalit dan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar yang sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment