Oleh Suara Keadilan |
KUALA LUMPUR - Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dalam penghujahannya yang bersambung di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pagi tadi menegaskan kredibiliti saksi iaitu doktor pakar Hospital Kuala Lumpur,Dr Mohd Razali Ibrahim sangat bergantung pada nota klinikal yang sepatutnya diserahkan kepada pihak pembelaan. Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan 22 November depan bagi memutuskan sama ada permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. "Mahkamah Persekutuan sebelum ini membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pihak pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu.
"Walaubagaimanapun, mahkamah tinggi memaklumkan pihak pembelaan boleh memohon dokumen berkaitan semasa perbicaraan berlangsung. Selepas selesai kedua-dua pihak mengemukakan hujah, Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga 24 November, depan. Semalam, Dr Razali yang memeriksa Saiful untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong." Sementara itu, Anwar terus bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk bersama calon KEADILAN, Ansari Abdullah turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi yang akan diadakan 4 November ini. |
Friday, October 29, 2010
Kredibiliti Saksi, Dr Razali Bergantung Kepada Nota Klinikal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment