BERNAMA
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai 'Sabah Untuk Orang Sabah' dan autonomi.
Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.
Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.
Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan berkata Yong sengaja memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memancing undi supaya dia dapat menjadi ketua menteri.
"Siapa tidak kenal Yong Teck Lee. Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Dia cuma mahu jadi Ketua Menteri. Saya mahu tanya, pernah dia datang ke mari (Kampung Karamunting) semasa dia Ketua Menteri?" katanya yang disambut dengan sorakan 'tidak'.
Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin.
Sehubungan itu Musa mengingatkan rakyat khususnya pengundi Batu Sapi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Yong yang juga bekas ketua menteri kerana tujuannya cuma mahu mendapat kuasa.
Beliau berkata slogan 'Sabah for Sabahan' yang didendangkan Yong cuma bertujuan mengelirukan rakyat kerana sudah terbukti SAPP tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat.
Musa berkata, slogan SAPP itu sama sekali berlainan dengan aspirasi kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah memberi peruntukan besar kepada Sabah kerana menyedari keperluan negeri kedua terbesar di negara ini.
Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, kerajaan pusat meluluskan RM15 bilion untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan untuk rakyat Sabah termasuk jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi.
Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu.
Katanya, Yong bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian.
23 comments:
Mengapa Yong Teck Lee tidak membuat apa-apa tentang isu autonomi ini bila masih KM dulu?
Biar kita tengok sama-ada rakyat masih sokong ataupun menolak Yong bila PRK Batu Sapi ini.
semasa menjadi KM yong tidak pula banyak bersuara. tapi sekarang ni bila sudah tiada kuasa barulah banyak mengkritik...
ya.. YTL sepatutnya bangkitkan isu ini semasa ia berkuasa. bila dah jadi pembangkang baru nak timbulkan macam2 isu. semua ini hnya agenda dia untuk meraih undi.
Semasa YTL masih ketua menteri, tiada pun dia buat apa2x tentang isu autonomi itu. Kenapa baru sekarang beria-ia hendak menyelesaikan isu autonomi? Oleh itu pengundi tidak harus cepat percaya dengan kata2x YTL.
My opinion, Yong is just crazy about getting his power back.If he is sooo concern about the autonomy issue, why didn't he do anything about it when he was the cm back then? We shouldn't easily trust the words coming out from YTL's mouth. Remember the SAS case? So voters, think twice before voting.
Hopefully the best candidate will win!
sebagaimana prestasi dan reputasi pemimpinnya yang tidak popular, begitu juga lah dengan slogan yang beliau laung2kan. YTL masih berhadapan dengan laluan yang sukar meskipun disokong oleh slogan2 yang berbisa.
YTL tidak perlu buang masa untuk berdebat dengan KM. gunakan masa yang ada ini untuk terus berkempen di Batu Sapi.
Yong Teck Lee, Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Memang dia ini gilakan kuasa mahu menjadi menteri. Tidak pernah dalam hidup dia sebut autonomi. Tapi bila terdesak baru keluar.
tak perlulah nak layan YTL ni, dia cuma nak tarik perhatian umum ja. hakikatnya YTL tak boleh buat apa2.
Baguslah Datuk Musa enggan melayan karenah YTL itu. Memang YTL curi idea orang lain autonomi ini kunun. Padahal itu PR punya idea sebelum ini.
mungkin YTL hanya ingin mendapatkan undi saja. sebab itulah beliau bertindak demikian. dulu semasa berkuasa beliau tidak pula melakukan apa-apa pasal isu ni.
YTL ba tu pandai berlakon.. Bab putar belit, dialah hero...
Saya sememangnya kagum dengan semangat juang YTL tapi kan best kalau semangat juangnya tu ke arah yang bekerjasama dan bukannya asyik tunding jari.. hmmm
Kalau CM tak nak layan, terpulangnlah.. Nanti makin dilayan makin buat hal pula.. hehhee
S/ada YTL bakal jadi pilihan rakyat atau tak, kita lihat sajalah perkembangannya nanti.
Semoga semuanya berakhir dengan baik:)
All the best kepada semua calon.
ahaks si Yong tu tidak payahlah dilayan! cakap saja tu...dan keikhlasannya tiada pada rakyat!
YTL tu masa nak menang di Batu Sapi barulah dia nak bising-bising macam tin kosong janji sini janji sana. kenapa dia dulu waktu jadi KM Sabah...tak dak pun sebarang pembangunan yang dibawa...
kuasa atonomi tu isu lapok...masa nak p/raya ni baru dia sibuk2 cabar Musa...kenapa dulu masa jadi CM dia tak bangkitkan isu autonomi? adakah dia perjuangkan isu autonomi tu? entah-entah macam tikus di sebalik timbunan sampah..takut bak keluar sebab kucing ada diluar...cakap saja tu
isu Yong yang cuba nak raih simpati undi ni...janganlah dilayan. kan bagus kalau fokus kepada macamna nak raih undi rakyat di Batu Sapi? fokus kepada kemenangan BN? lebih berfaedah lagi
Adakah YTL baru sedar akan isu autonomi ini sekarang? Adakah semasa dia menjadi KM Sabah dulu dia tidak tahu?
Post a Comment