Friday, October 29, 2010

Jin dan ilmu hitam berleluasa di DBP?

Oleh ABANG KAMARUNZAMANI

Tanyalah kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), apa sudah terjadi sejak tahun 2006 hingga sekarang. Kebanyakan kakitangan DBP berkerja dalam keadaan tertekan dan tidak tenteram dek angkara Johan Jaafar, bekas Pengerusi Lembaga Pengelola yang berkuasa di DBP dengan bantuan konco-konconya yang gila kuasa dan tamak jawatan.

Sejak peristiwa mogok kerana Kamarulzaman Shahruddin yang tidak cukup kelayakan dinaikkan pangkat Timbalan Ketua Pengarah oleh Johan yang tidak sedar diri itu. Dengar cerita perangai Johan berjangkit di Media Prima.

ANGAN-ANGAN JOHAN

Lepas ini kita dengar apa yang dirasa pula oleh kakitangan Media Prima. Dulu berangan-angan sebagai Pengerusi Eksekutif, tapi telah diturunkan pangkat ke Pengerusi biasa. Padan muka dengan orang tamak haloba.

Penulis mengikuti perkembangan DBP melalui laman blog dan risik-risik dari kawan rapat bahawa di DBP sudah berlaku bermacam-macam perkara yang aneh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Aziz, yang tua nyayok itu masih berkuasa di DBP dengan sokongan balaci-balacinya walaupun umur akan genap 66 tahun pada 7 November 2010. Apa istimewanya orang tua nyanyok yang sudah tidak sedar diri mengaku pejuang bahasa.

Sedarlah semua hasil pejuangan bahasa datangnya dari NGO dan bukannya dari dia. Apa istimewanya atok itu masih bertongkat berada di DBP? Penulis hendak bertanya orang yang lebih arif dan bijak pandai terutamanya Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam: Kenapa Datuk Termuzi masih terlekat di DBP sehingga umur 66 tahun.


Istimewa sangatkah dia sampai begitu tua masih berada di DBP. Atau KSN dan JPA terlepas pandang atau buat-buat tidak tahu.

TUA NYANYOK

Sebenarnya KSN dan JPA tahu tentang umur Datuk Termuzi tu. Yang lantik tua nyanyok tu sebagai Ketua Pengarah DBP adalah pihak JPA. JPA telah menipu KSN dengan mengatakan yang KSN telah bersetuju melantik Datuk Termuzi sebagai Ketua Pengarah DBP selama dua tahun hingga 31 Januari 2011 walaupun umurnya jauh lebih tua daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kita tidak pernah dengar atau mendapat tahu ada penjawat awam yang telah tua masih boleh memegang jawatan kerajaan. Boleh jadi itulah keistimewaan Datuk Termuzi, 66 tahun masih disayangi JPA. Itulah permainan Johan semasa berkuasa di DBP kerana ada kepentingan peribadi. Dia letak Datuk Termuzi sebagai boneka saja untuk memuaskan nafsunya dan konco-konconya.

Kisah Kamarulzaman yang tidak sah dan tidak layak sebagai Timbalan Ketua Pengarah belum selesai lagi. Dengar cerita dia bermaharaja di DBP dengan mengarahkan Pengurus Personel mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui JPA.

Banyak pegawai DBP rujuk kepada JPA tetapi langsung tidak dilayan.

Kenapa jadi begitu?

Rupanya Datuk Ismail Alias orang kuat JPA adalah salah seorang ahli lembaga pengelola DBP yang mempunyai kepentingan diri dan bersekongkol dengan Johan, Termuzi dan Kamarul Zaman. Kerana merekalah DBP dalam keadaan tunggang langgang.

Apa istimewanya DBP dimata KSN dan JPA sehingga aduan-aduan yang dibuat tidak diambail tindakan dan pembaikan yang sewajar. KSN akan tamat kontraknya pada Jun 2011 dalam keadaan masih sihat, baru umur 60 tahun. Kenapa Termuzi yang umurnya 66 tahun masih berkhidmat di DBP. Atau KSN akan disambung kontraknya sampai umur bagitu juga (66 tahun) atau lebih.

HJ ABU BAKAR MUHAMAD

Mengikut sumber dalaman DBP, apa-apa yang berlaku di DBP telah dibuat aduan oleh Kesatuan Sekerja DBP kepada KSN dan JPA, tapi langsung tidak ambil pusing.

Istimewa sangatkah DBP atau terlalu kebal orang berada di DBP tu dengan membela jin yang dibawa oleh orang suruhan mereka, Hj. Abu Bakar Muhamad, bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP. Boleh jadi juga kerana KSN dan JPA langsung tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka yang berkuasa di DBP.

Banyak sangat perkara kurafat berlaku di DBP. Siapa yang lawan mereka akan sakit dan merana. Sudahlah tu diugut pula tidak naik pangkat dan ditukarkan kemana-mana yang tidak menasabah. Ada pegawai kanan hilang kuasa dek kerakusan konco-konco Johan dan Termuzi. Tidak ingat dan takut kepada Allah atau banyak sangat ilmu hitam yang dipakai sampai kakitangan DBP tidak boleh tegur dan bersuara.

Banyak sangat kepincangan yang berlaku di DBP. Orang yang tidak layak dan tidak pernah duduk periksa PTK dinaikan pangkat. Apa dah jadi, mana perginya peraturan yang dikeluarkan oleh JPA? Bila Cuepac minta mansuhkan PTK dulu cukup susah. Pelbagai alasan diberikan oleh JPA.

Tapi kenapa yang berlaku di DBP, KSN dan JPA tutup mata dan tutup telinga. Agaknya yang berkenaan buat-buat tidak dengar dan buat-buat tidak nampak walaupun aduan telah dibuat kepada mereka. Mungkin surat aduan dibakul sampahkan saja. Ingatlah wahai KSN dan JPA, kuasa yang diberi jangan disalah guna sebagaimana berlaku di DBP. Sebab itulah DBP sangat istimewa dimata KSN dan JPA.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang tanda tangan surat melantik Termuzi yang berumur pada masa itu 66 tahun telah ditukar ke Jabatan Pengangkutan Jalan. Tapi yang menguruskan surat pelantikan di JPA dan DBP terselamat dan tidak dikenakan tindakan langsung. Itulah istimewanya DBP dimata KSN dan JPA.

Pengurusan DBP telah berani mengubahsuai apa-apa peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Siapa yang lawan pengurusan, siaplah nanti. Akan mendapat surat tunjuk sebab kerana ingkar perintah dan mempersoalkan perbuatan mungkar pengurusan DBP.

TAKUT RAHSIA TERBONGKAR

Johan yang dah lama meninggalkan DBP boleh mengarahkan Termuzi mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangan DBP kerana tidak menyiarkan tulisannya. Apa dah jadi Termuzi, dah nyayok ke atau takut rahsia terbongkar kerana umur dah lanjut masih bekerja di DBP.

Itulah istimewanya Johan termasuklah hj. Bakar boleh mengarahkan dari luar supaya mengambinl tindakan kepada kakitangan DBP yang beliau tidak suka atau difikirkan menghalang kegiatan kemungkaran mereka.

Sebenarnya penulis dapat banyak maklumat yang amat menyedihkan. Kakitangan DBP bekerja dalam keadaan tertekan, tidak selesa dan bekerja bagaikan dalam bara api atau cengkaman kuku besi. Selagi Termuzi dan konco-konconya berkuasa di DBP, harapan kerajaan untuk melihat bahasa melayu berkembang akan terbantut.

KSN dan JPA buatlah sesuatu yang boleh menyelamatkan satu-satunya institusi melayu di Malaysia. DBP dan hancur dimata penulis dan orang ramai.

Tidak ada apa lagi yang boleh dibanggakan oleh kakitangan DBP sekarang. Termuzi sebenarnya menipu kerajaan dan khalayak yang mengatakan bahawa dia seorang pejuang bahasa dan telah banyak berjasa kepada Negara melalui bahasa.

TEMBERANG TERMUZI

Dulu semasa PPSMI diperjuangkan oleh satu NGO bahasa dan setelah berjaya, Termuzi secara terangan mengatakan itulah hasil perjuangannya selama berada di DBP. Heboh seantero dan kampung halamannya di Tanjung Karang bahawa dia telah berjaya menghapuskan PPSMI.

Jenis muka tidak tahu malu dan tua krepot, sedarlah semua yang berlaku sekarang ini adalah perjuangan orang lain dan bukan perjuangannya.

Walaupun kakitangan DBP bekerja dalam keadaan yang tidak selesa, kebanyakan mereka berdoa agar kemungkaran yang berlaku di DBP terhapus dan pulih seperti sedia kala.

Apa istimewanya DBP sehingga apa yang berlaku di DBP mendapat layanan istimewa oleh Menteri Pelajaran, KSN dan JPA. Mungkin sudah berlaku huru hara di DBP barulah mereka sedar bahawa banyak perkara burok berlaku diDBP.

Mungkin juga jin dan ilmu hitam yang berada di DBP telah menutup mata, menutup telinga dan menutup mulut Mentri Pelajaran, KSN dan JPA. Masalah sejak tahun 2006 tidak selesai sehingga kini.

Susah sangatkah Menteri Pelajaran, KSN dan JPA membuat tindakan pemulihan?

Masalah Kamarulzaman yang tidak layak menjawat TKP masih berpanjangan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut sama tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun pelbagai aduan dibuat. Pesuruhjaya SPRM kata tindakan akan dibuat segera dan secara telus. Mana perginya slogan tu. Sekarang ini SPRM senyap saja dalam apa-apa aduan sama ada dari kakitangan DBP mahupun dari luar.

Siaplah sekiranya aduan yang dibuat melibatkan pembangkang, sampai kelubang cacing SPRM siasat sampai tak boleh tidur dan bergerak. Kalau laporan yang dibuat terhadap kroni atau orang kerjaan, surat aduan dibakul sampah saja. Itulah istimewanya DBP dimata Menteri Pelajaran, KSN, JPA dan SPRM sehingga apa yang dibuat oleh konco-konco Termuzi dibiarkan saja.

SEBELUM TSUNAMI MELANDA DBP

Penulis menyeru kepada Menteri Pelajaran, KSN, JPA dan SPRM bertindaklah segera sebelum tsunami melanda DBP. Kalau mereka tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah DBP kerana keistimewaannya, mintalah pertolongan daripada Perdana Menteri. Mungkin PM boleh menyelesaikan masalah DBP yang banyak sangat berlaku kemungkaran dan kemunafikan.

DBP akan pulih imejnya sekiranya pelantikan Pengerusi Pengelola baru dibuat segera yang telah kosong sejak bulan April 2010.

Perginya Termuzi yang berumur 66 tahun dan konco-konconya akan memulihkan keadaan DBP. Selagi mereka berada di DBP, selagi itulah kemungkaran berlaku. Jangan Allah menurunkan bala ke atas DBP barulah hendak menyelamatkan DBP. Nanti ramai yang tidak bersalah dan berdosa akan turut menerima tempiasnya.

Allah itu Maha Adil. Insaflah wahai konco-konco Johan Jaafar bahawa kuasa yang ada tangan tidak akan kekal selama-lamanya. Dunia ini hanya pinjaman sahaja.

Gunakalah kuasa dan jawatan yang diberi oleh kerajaan digunakan ke jalan baik. Banyak sangat dendam berdendam berlaku diDBP dan hal peribadi dicampur aduk dalam pentadbiran. Kembalilah kejalan yang benar agar semuanya selamat.

Istimewanya DBP teletak pada tujuan dan perjuangannya. DBP adalah satu-satunya institusi melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu. Hilang DBP hilanglah bahasa melayu dek kerakusan kuasa yang ada pada Termuzi dan konco-konconya. Sebenarnya DBP amatlah istimewa dalam segala-galanya.

No comments: