Thursday, October 28, 2010

Samseng Umno Ugut, Halang Petugas Wanita KEADILAN Merayu Undi

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3571SANDAKAN - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menhalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.

Menurut Noraliza Abdul Wahab dari Cabang Permatang Pauh beliau bersama-sama 20 petugas lain sampai di kampung tersbeut kira-kira pukul 11.15 pagi tetapi setiba mereka terus dihalang oleh beberapa petugas bilik gerakan BN yang terletak berhampiran dengan jalan raya.

"Ini kali kedua kami berkempen di kampung ini dan pertama kali semalam kami datang tidak ada masalah. Penduduk kampung pun menyambut kami dengan mesra dan menunjukkan respons yang baik terhadap kehadiran kami.

"Namun hari ini berlainan pula, sekumpulan lelaki dari bilik gerakan BN menunjukkan sikap yang agresif dengan mengelurakan kata-kata kesat, mengugut serta menghalau kami. Serorang daripada mereka mengatakan kampung ini kubu kuat BN dan orang luat tidak boleh masuk.

"Kami kata ini negara kami, kenapa halang kami bergerak bebas dan setiap rakyat Malaysia berhak mengundi tanpa dipaksa atau ditakut-takutkan," kat Noraliza.IMG_3590

Teman beliau, 'Mama' Doris Chua dari Cabang Bayan Baru berkata selama beliau terlibat dalam tugas merayu undi dalam pilihan raya, inilah pertama kali beliau berdepan dengan tindakan samseng penyokong BN yang ganas dan juga biadap.

"Saya sudah berumur dan memberi salam serta menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi mereka terus menepis tangan saya. Saya terkejut kerana saya yakin rakyat Sabah semuanya berbudi bahasa dan tinggi budi pekerti tidak seperti beberapa individu yang memberi imej buruk kepada orang Batu Sapi," kata Chua.

Ketua Cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim yang menerima panggilan kecemasan dariapda petugas wanita KEADILAN terus bergegas ke lokasi lalu menenangkan keadaan.

Bagaimana ketika aktivis KEADILAN meneruskan kempen mereka di kampung tersebut, sekumpulan petuga BN terus mengikuti mereka sambil mengarahkan kepada wanita, kanak-kanak dan orang tua, 'tutup pintu, masuk dalam, jangan buka pintu, jangan kasi ini orang masuk' bagi menghalang mereka berinteraksi dengan perayu undi
KEADILAN.

Seorang penyokong BN, Ibrahim Uling berkata beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk penyokong BN mengganggu aktivis KEADILAN menjalankan tugas mereka.IMG_3575

"Saya amat tidak setuju cara ini. Biarkanlah rakyat yang menentukan kepada siapa undi yang mereka mahu berikan. Undi saya pun rahsia tapi kalau begini caranya BN mahu menakutkan-nakutkan rakyat saya pun mahu undi Pakatan Rakyat kali ini," tegas Ibrahim

Suara Keadilan difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berada di dalam bilik gerakan ketika kejadian berlaku tetapi hanya berdiam diri dan tidak bertindak untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Hassnar berkata ini adalah tindakan tidak bertamaddun dan kurang sopan.

"Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan setiap warganegara berhak memilih pemimpin yang mereka mahu, bukan digertak dan dihalang seperti 'hooligan' oleh BN," kata Hassnar.

Sehubungan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Sandakan di Jalan Bandaran kira-kira pukul 1.00 tengahari tadi.

22 comments:

Anak Sabah said...

Memang tidak patut, setiap parti berhak merayu undi, tiada sesiapa yang boleh menghalang. Diharapkan perkara ini disiasat dan tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Anak Sabah said...

Saya berharap pilihan raya kecil ini akan berjalan lancar, bersih dan adil.

samm said...

diharapkan siasatan akan dilakukan bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. semoga pilihanraya ini akan berjalan dengan lancar..

mandau said...

dalam piliharaya, setiap calon berhak berkempen, asalkan ia tak mengganggu ketenteram awam.kejadian seperti ini harus disiasat dan harap tk berlaku lagi.

Leo said...

Ganas juga penyokong Umno. Tidak patut mereka bertindak begitu terhadap petugas wanita keadilan. Diharapkan amaran akan diberikan kepada penyokong Umno itu.

Bujang Senang said...

Mula lagi PKR mahu membuat isu. Kita tidak pasti cerita ini benar atau tidak. Kita harapkan biar kita tengok satu pertandingan dengan yang baik dan bersih. Tidak mahu perkara yang tidak diinginkan berlaku.

Leo said...

semoga pilihan raya kecil ini akan berjalan dengan lancar tanpa ganguan2x seperti ini. Semua calon haruslah bertanding secara bersih dan adil.

evan medhousky said...

kita tidak tahu hal sebenar. dalam meraih simpati undi ni macam2 yang boleh berlaku. sebaik2nya pihak yang kononnya menimbulkan masalah ini wajar tampil buat penjelasan.

evan medhousky said...

untuk lebih selamat, bawa lebih ramai anggota polis ke Batu Sapi. kumpulan aktivis mana2 parti perlu disertai oleh beberapa anggota polis dalam setiap kerja2 kempen mereka di Batu Sapi..

Sanih Alias said...

Tidak tahu kenapa pihak sebegini bertindak memalukan parti sendiri. Tapi apa pun sila siasat kebenaran. Adakah betul kata petugas yang memberitahu mereka diugut dan sebagainya. Mungkin hanya diganggu sedikit dan tiba-tiba memperbesarkan cerita diugutlah, dimakikah..Kita tidak tahukan. Jadi media harus lebih berhati-hati memberikan cerita berita.

Anonymous said...

kita sendiri pun tidak tahu cerita sebenar. sebaiknya siasaan dibuat atau penjelasan diberikan...

Hamdan Hadillah said...

Sabahkini.net meminta pendapat dengan sombongnya seorang daripada wanita yang mengakui daripada PKR Pulau Pinang berkata;

“Tidak payahlah kamu susah-susah nak wawancara kami. Tanpa mediapun PKR tetap 100 peratus menang di parlimen Batu Sapi.”

Yang paling menyedihkan saya, bagaimana Sabahkini.net mahu membantu mereka berkempen jika mereka berprasangka buruk dengan menghina Sabahkini.net dan semua media di Sabah. Sabahkini.net membalas mereka dengan berkata,

“Kamu ini belum lagi menang sudah sombong dan temberang.”

pucuk pimpinan PKR, terutama Presiden Parti mengajar ahli-ahlinya agar tidak berlaku biadap kerana akan menjejaskan martabat PKR sendiri. Inikah ahli PKR yang begitu biadap dengan orang lain. Langsung tidak layak menjadi pemimpin sekiranya ahli kita boleh nampak sendiri.

Mungkin ini ada kaitan dengan umno yang mereka katakan samseng itu. Mungkin mereka yang samseng sebenarnya. Wanita PKR....

Paquin said...

Aiks.. kalaulah betul.. teruk juga perangai penyokong umno ni. huhu

Paquin said...

Harap perkara ni dapat disiasat.. Biasalahkan, politik.. ada2 ja gosip:P

Paquin said...

Ya Jonny.. PRK ni patu berjalan lancar dan harmoni.. Tak bestlah kalau ada gosip liar mcm ni. huhuhu

Paquin said...

Saya harap para pengundi tak terpengaruh dengan perkara ni. Buatlah penilaian sebaik mungkin supaya tak tersalah pilih!

Paquin said...

Apapun, semoga semuanya ditanggani dengan baik.

langsat said...

hahaha...drama politik. saling memburukkan sesama sendiri. biarlah korang berperang mulut dan dihati saya dah pilih parti tu

langsat said...

PKR pun apa kurangnya...paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! dia sendiri pun sebenarnya adalah parti samseng!

langsat said...

tak payahlah nak layan isu-isu kecil tentang sikap biadap atau apa-apalah....fokus kepada penduduk batu sapi dan bukannya fokus kepada sikap ahli-ahli kempen bertentangan...apa yang korang dapat kalau saling memburukkan?

langsat said...

siapa samseng siapa ulama, saya tak peduli...yang penting BN tatap di hati! undilah parti yang kita dah tahu stabil dan dapat janjikan kemajuan untuk rakyat...

langsat said...

berkempen ni kenalah mengeluarkan kata-kata yang rasional dan bukan ikut kata hati dan emosi..