Oleh Suara Keadilan |
KUALA LUMPUR - Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yakin keterangan yang diberikan doktor pakar Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim adalah berbeza dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal yang enggan diserahkan kepada pihak pembelaan. Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung pagi tadi, mendapati pihak mahkamah dan pasukan pembelaan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan dua laporan perubatan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berlainan. Pada sesi soal balas hari ini, Karpal mengemukakan semula sama ada hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan. "kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.” kata beliau. Perbicaraan kemudian berhenti seketika sementara Zabidin mengarahkan kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan secara tertutup di kamar hakim berhubung tuntutan tersebut. Prosiding itu bersambung semula dengan Karpal mula bertanyakan soalan kepada Dr Mohd Razali berhubung nota klinikal yang enggan dijadikan sebagai rujukan beliau. Selepas berkali-kali mengasak dengan pertanyaan itu, mahkamah akhirnya berehat sekali lagi. Sementara itu, pihak pendakwaan pula menuntut Karpal supaya tidak berbuat demikian. Seorang lagi peguam, Sankara Nair kemudiannya bangun dan mepersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali. Karpal dalam penghujahannya berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal. Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia. Perbicaraan kemudiannya dihentikan dan hakim mengarahkan semua pihak terbabit berbincang di kamarnya buat kali kedua dalam tempoh sejam. Semalam, Dr Razali memberikan keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia. Beliau turut mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia. Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu. Menurut Karpal, PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu. Mahkamah dihentikan buat kali ketiga pagi ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia. Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan. |
Thursday, October 28, 2010
Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment