|
Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.
Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.
Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.
"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.
Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.
Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.
No comments:
Post a Comment