Monday, October 4, 2010

PAS Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya Umno benar-benar mengikuti lamdasan Islam.

"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," soal Nik Abdul Aziz dalam blognya semalam.

Kata Nik Abdul Aziz, Umno adalah punca utama umat Islam di negara ini keliru apabila mengamalkan politik perkauman sempit dengan melaungkan 'Hidup Melayu' tetapi pada masa yang sama menolak hukum Islam (Hudud).

Menteri Besar berkata Umno mengaku memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang jenayah dalam Islam.

Nik Abdul Aziz menegaskan beliau sudah berkali-kali mengajak parti itu agar mengubah dasar tetapi Umno terus berkeras dengan semangat kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu) malahan berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan ‘hidup Melayu.’

Berhubung dengan dasar Perlembagaan Negara, beliau menjelaskan pernah ada kenyataan dari pihak Majlis Peguam Muslim, betapa di dalam Perlembagaan itu tidak pun dinyatakan sebarang peruntukan yang mengesahkan negara kita adalah sekular.

Malah, seorang pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari turut menegaskan hakikat Islam adalah agama persekutuan yang sepatutnya diperundangkan dan diamalkan di dalam setiap segi kehidupan di negara ini.

"Kenapakah pemimpin Umno memandang sepi kenyataan ini? Sedangkan di sisi Perlembagaan Negara ia tiada halangan untuk memakai Islam, kerana ia adalah hak mutlak umat Islam. Maka tiadalah sekular sebagaimana didakwa.

"Soalnya, ada pula pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan amalan sekular dengan menolak dasar Islam dalam keadaan tertentu, dan menerima Islam di mana ia menguntungkan Umno.

Justeru katanya, memang selayaknya Umno dikalahkan dalam pilihan raya demi untuk diberi pula peluang kepada pihak lain berkuasa barulah Perlembagaan dapat diperjelaskan mengikut maksud sebenarnya.

"Dalam hal ini, orang Umno patut malu kepada orang India (yang belum Islam) seperti Balasundram dari Dewan Himpunan Penyokong Pas yang sedia menganjurkan seminar bagi memperjelaskan keadilan Islam kepada pihak yang belum memahami hakikat adilnya hukum Islam!.

"Apakah selama ini, pihak Umno tidak terfikir untuk membuat perkara yang sama kepada rakan-rakan dalam BN?," soal beliau lagi.

17 comments:

Unknown said...

apakah cara UMNO sekarang ni tidak menepati islam sehingga PAS mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Unknown said...

apakah 'islam' yang dimaksudkan oleh PAS? saya lihat perkara tentang agama dan politik tidak boleh dipermain-mainkan. kedua-dua benda adalah berbeza dan saya lihat PAS yang sebenarnya cuba mengelirukan rakyat..

Anonymous said...

berdasarkan kenyataan Nik Aziz ini rakyat boleh nilai sendiri mana parti yang bersifat perkauman dan mana parti yang bersifat adil untuk masyarakat majmuk di Malaysia. terbukti PAS menggunakan agama semata2 untuk kepentingan politik.

Anonymous said...

mungkin Nik Aziz tidak ada cara lain untuk menutup kelemahan mereka ekoran isu wang judi di Pulau Pinang melainkan menggunakan isu agama untuk mengalihkan tumpuan rakyat.

Anak Sabah said...

Buat apa tidak memperjuangkan hak semua rakyat sekaligus, daripada memperjuangkan hak satu kaum sahaja.

Anak Sabah said...

Baik bubarkan semua parti yang berdasarkan kaum dan menghasilkan satu parti besar yang menjaga hak semua rakyat di negara ini tanpa menghiraukan apa kaum ataupun agama.

samm said...

UMNO juga parti yang memperjuangkan Islam dan pada masa yang sama juga UMNO berusaha untuk berlaku adil kepada semua masyarakat.

mantra said...

UMNO juga adalah parti Islam dan berusaha memperjuangkan islam, PAS dan UMNO memang perlu bersatu.

lisa said...

Why have party that prioritize only the Islam? Isn't Malaysia a multiracial country?

Unknown said...

"PAS Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam"


Kenyataan dari Nik Aziz seakan menyindir Umno. Pada pendapat saya, adalah lebih bagus jika agama dan politik tidak digabungkan.

Anonymous said...

Ada baiknya jika agama dan politik tidak berasa di bwh satu bumbung yg sama. Namun, tidak salah utk kita mempratikkan nilai2 murni yg diajar bukan shja agama islam, malah dlm agama2 lain jg, supaya diasimilasikan di dlm pemerintahan kerajaan. Contoh plg senang, keadilan. Bersikap adillah kpd semua kaum, dan layan secara sama rata, bukan hanya memperjuangkan satu kaum sahaja. Amalan riba juga merupakan satu dosa, jadi jangan amalkan. Berjudi juga merupakan dosa, di smping merugikan diri sendiri. Kan kita sudah nampak penerapan nilai2 murni dari semua agama diamalkan? Namun jgn pula hanya menggunakan atas nama AGAMA utk menarik perhatian.

Hosie Masie said...

Adakah UMNO selama ini tidak mengikut cara islam?? Apa yang baik dalam politik adalah janganlah mengaitkan tetang agama. PAS dengan politik yang banyak kali mengaitkan tetang agama. Kita tahu agama penting, tapi jangan sampai songsang kerana politik.

Unknown said...

Adakah hukum Hudud akan diaplikasikan terhadap rakyat bukan Islam di Malaysia sekiranya PAS menerajui pimpinan negara?

Unknown said...

Betulkah PAS sanggup buat demikian atau satu sendiwara untuk meraih sokongan?

captain said...

Pas tandus isu yang boleh diheboh-hebohkan.

Unknown said...

Tak perlu tunggu, bubar dan sertai UMNO sekarang supaya UMNO ikut Islam.

Unknown said...

Perbaiki kelemahan diri sendiri dahulu baru boleh menghakimi diri orang lain.