WarkahDaily
Kalau menyebelahi Umno-BN, siapa pun dia, pasti tidak akan disalahkan. Tidak kira dia tu mahasiswa, kakitangan kerajaan dan sebagainya, jika Umno mereka bantu kempen, maka sudah pasti tiada kesalahan atau tindakan yang dikenakan.
Yang pasti, tindakan akan dikenakan jika mahasiswa didapati berkempen untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka akan ditekan dan dikenakan akta yang ntah apa-apa bagi menyekat mahasiswa berpolitik.
Bila para ahli akademik berbincang akan relevannya diberi kepercayaan kepada mahasiswa untuk terlibat dengan politik negara supaya mereka ini akan tahu akan selok-belok politik dan tahu bagaimana cara pentadbiran yang telus dan tidak mudah terlibat dengan masalah rasuah di masa depan.
Maka ketika itu, ada di kalangan Umno bercakap tak serupa bikin, kerajaan (kementerian pengajian tinggi) tidak menyekat mahasiswa terlibat dengan politik. Mereka boleh dengar ceramah, boleh pantau pilihanraya. Boleh dan tak boleh, semuanya bergantung kepada pihak mana yang disokong mahasiswa. Jika mahasiswa terlibat dengan parti Umno-BN, sudah pasti ianya dibenarkan dan tidak diganggu, bahkan akan diberi duit poket lagi. Tak percaya, pi tanya para pelajar yang diberi duit jadi pengundi hantu di kawasan yang dijangka Umno akan tewas. Banyak pengakuan yang dibuat para pelajar yang mendapat duit upah untuk undi BN dalam pilihanraya umum.
Tapi bila ada pilihanraya, maka mulalah pihak universiti yang dikawal pengurusan mereka oleh pihak pemerintah telah mengeluarkan kenyataan untuk menakut-nakutkan mahasiswa untuk terlibat dalam kempen pilihanraya.
Sebenarnya para pelajar bukan semata-mata mahu terlibat dengan politik pilihanraya tetapi oleh kerana kesedaran mereka yang cintakan negara daripada anasir-anasir buruk seperti nepotisme, rasuah, penyalahgunaan kuasa, songlap duit rakyat dan sebagainya daripada berleluasa, mereka ini mahu negara kita diuruskan oleh orang yang betul-betul ikhlas dan jujur sebagai kerajaan dalam menguruskan harta rakyat.
Itulah sebabnya, jika orang itu ada kesedaran waras dan terpelajar tanpa ada kepentingan individu, maka sudah pasti mereka ini akan menentang kezaliman yang melanda negara tercinta mereka.
Sudah pasti mahasiswa yang tidak ambil hal (alert) terhadap keadaan sebenar situasi negara yang sedang pincang ini menunjukkan negara sedang dilanda masalah yang besar di masa akan datang. Rasuah akan bermaharajalela, panyalahgunaan kuasa berleluasa dan sebagainya.
Sudah pasti pelapis pemimpin di masa akan datang akan meneruskan masalah yang dihadapi sekarang bahkan lebih teruk jika ianya dianggap benda biasa dalam kehidupan.
Sekarang ini pun, sudah banyak masalah sosial dan akhlak yang melanda muda-mudi kita di IPTA/ IPTS yang dianggap sebagai gudang membentuk generasi pemimpin akan datang. Bagaimana generasi ini tidak seperti yang diharapkan?
Bernama - Mahasiswa UUM diberi amaran tidak libatkan diri di Galas
Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan bertolak ansur terhadap mahasiswanya yang melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak pengurusan universiti akan mengambil tindakan tegas, termasuk menggantung mahasiswa terbabit.
Pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Taman Teknologi Malaysia, Datuk Nasarudin Hashim di sini, semalam, berkata, tindakan tegas terpaksa diambil bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas akibat sibuk berpolitik.
“Sebagai mahasiswa, mereka perlu mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja.
“Akta itu digubal demi kepentingan mahasiswa itu sendiri bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas. Tamatkan dulu pengajian sebelum melibatkan diri dalam politik atau berdepan dengan tindakan undang-undang, termasuk digantung pengajian mereka sebagai mahasiswa,” katanya.
No comments:
Post a Comment